Pada 31 September hingga 2 Oktober 2009, Kursus Profesionalisme Pengurusan Sukan Setiausaha Sukan Sekolah Menengah dan Cawangan Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat telah diadakan di Tanjung Piai Resort, Pontian. Kursus sebegini diadakan saban tahun untuk membugarkan aspek pengurusan dan pembangunan sukan di daerah Batu Pahat. Di sini, mereka berkongsi pengalaman, suntikan idea dan sumbang saran ke arah peningkatan aspek pengurusan sukan.
Dengan input baru kepada para peserta kursus, moga kejayaan yang diperolehi oleh daerah Batu Pahat dalam setiap aktiviti sukan dan permainan pada tahun hadapan. Setiausaha Sukan adalah jawatan yang dipertanggungjawabkan untuk mengcungkil dan mengetengahkan produk pelajar dari sekolah untuk digilap ke arah kecemerlangan semaksimumnya bakat pelajar itu sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri malah peringkat kebangsaan juga.
Majlis penutupan kursus dirasmikan oleh En Kuswandi bin Kayen (Penolong PPD Batu Pahat). Beliau amat berbesar hati dengan kotmitmen yang diberikan oleh semua setiausaha sukan sekolah menengah dan sekolah rendah dalam membantu meningkatkan prestasi sukan dan permainan di daerah Batu Pahat dan Johor.
Semoga tahun hadapan daerah Batu Pahat akan lebih cemerlang dalam bidang sukan dan permainan di peringkat negeri Johor khususnya.
No comments:
Post a Comment