Pada tahun 2009, sasaran Unit Sukan SMK Semerah masih bertunjangkan visi lama iaitu mencatat 5 tempat terbaik dalam setiap penyertaan. Dengan berbekalkan pengalaman semua guru amnya dan guru-guru sukan khususnya, Unit Sukan percaya pada tahun ini akan lebih banyak kejayaan akan dikecapi oleh SMK Semerah.
Untuk itu program rutin tahunan seperti Merentas Desa dan Sukantara tetap dijalankan untuk menyahut saranan negara iaitu Sukan Untuk Semua. Pertandingan Merentas Desa akan diadakan pada Rabu, 21 Januari 2009 dengan trek baru yang lebih mencabar. Nantikan tarikhnya.
Sukantara pula akan diadakan pada 5 - 6 Februari 2009 sementara Sukan Kecil pula akan dijadualkan pada 19 - 20 Februari 2009. Klimaksnya ialah Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Semerah Kali Ke-37 akan dijalankan pada Khamis, 21 Februari 2009. Semoga aktiviti olahraga ini akan mampu mencungkil bakat seterusnya diketengahkan bagi mewakili sekolah ke peringkat daerah.