11 March, 2012

PERTANDINGAN BOLA SEPAK LELAKI BAWAH 15 TAHUN

SMK Semerah : Ke-3


KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK LELAKI BAWAH 15 TAHUN
JOHAN
     SMK SERI GADING
NAIB  JOHAN
     SMK DATUK MENTERI
KETIGA
     SMK SEMERAH
KEEMPAT
     SMK TUN  ISMAIL

Jika pasukan bola sepak lelaki bawah 18 tahun (L!8) menduduki tempat ke-4 pada minggu lepas, kini pencapaian tersebut diperbaiki oleh skuad bola sepak bawah 15 tahun (L15) dengan menduduki tempat ke-3. Pertandingan yang dijalankan dari  6 – 8 Mac bertempat di padang Stadium Jalan Ampuan. Pasukan L15 ini diketuai oleh En Ismail Jais, Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPKO), En Yusof Abu Bakar dan En Mohd Hafiz Mohd Zaid sebagai jurulatih, En Amir Hamzah dan En Mohd Faiza Rahman sebagai pengurus dan dibantu oleh En Hashim A. Ghani sebagai guru pengiring.  Menurut En Amir Hamzah, team ini telah dibentuk selama 2 tahun dan akan cuba merealisasikan misi untuk mengungguli 3 tempat terbaik dalam pertandingan pada kali ini.
            Pasukan L15 Semerah memulakan langkah bergaya dengan menumbangkan SMK Penghulu Saad 3 – 0, menewaskan SMK Seri Medan 1- 0 dan SMK Tunku Putra 2- 0. Sementara itu, Semerah dikejutkan oleh SMK Datuk Syed Esa apabila seri 1 – 1, namun tetap unggul dengan menjuarai kumpulan. Persembahan memberangsankan diteruskan dengan membelasah SMK Dato’ Onn 8- 1, iaitu jaringan paling banyak dalam pertandingan pada kali ini. Namun demikian, kejayaan tersebut tersentak apabila dibolosi 4 gol berbalas 1 gol dengan SMK Seri Gading. Sungguhpun demikian, Semerah bangkit dalam perlawanan penentuan tempat ke-3/4 menentang SMK Tun Ismail. Semerah berjaya SMKTI 2 – 2 sehingga tiupan wisel. Tambahan masa tetap berkesudahan seri dengan jaringan 3 – 3. Akhirnya penentuan penalti berkesudahan Semerah menang 4 – 2.  
            Sementara itu, seperti yang dijangkakan SMK Seri Gading (SMKSG) menjadi johan untuk pertandingan pada kali ini apabila menewaskan SMK Datuk Menteri 3- 0. Manakala itu, penyerang sensasi Semerah, Mohd Lokman Norhan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan 15 gol. Kemantapan pasukan SMKSG memang terserlah dengan kualiti permainan yang baik. 
Unit Sukan mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak L15 Semerah atas kejayaan ini. Sesungguhnya telah lama Semerah tidak menduduki  4 sekolah terbaik dalam arena bola sepak. Kejayaan ini pasti akan membukan lembaran baru untuk terus cemerlang dalam bidang permainan bola sepak untuk tahun depan. Teruskan berlatih untuk kejayaan !
Bergambar sebelum perlawanan penentuan tempat ke-3/4

No comments:

Post a Comment