11 March, 2013

PETANQUE MELAKAR SEJARAH TEMPAT KETIGA



SMK Semerah melakar sejarah apabila pertama kali menyertai Pertandingan Petanque Daerah Batu Pahat. Pertandingan yang diadakan di Padang Petanque Taman Flora itu diketuai oleh En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir dan En Rosli bin Ishak dengan peserta seramai 8 orang.
Walaupun pertama kali menyertai, Semerah membuat kejutan dengan menduduki tempat ke-3 bagi  kategori lelaki setelah menewaskan SMK Tun Ismail. Menurut En Ahmad Hamizan, kejayaan ini adalah di luar jangka kerana inilah pertama kali Semerah menyertainya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penaja utama sukan petanque iaitu Koperasi SMKSemerah.
Diharapkan tahun hadapan sekolah kita dapat menggapai sekali lagi untuk meraih kecemerlangan dalam sukan petanque ini. Menyemarakkan sukan petanque sebagai salah satu sukan berprestasi tinggi di SMKSemerah.

No comments:

Post a Comment