04 March, 2012

HOKI LELAKI 18 TAHUN : SEMERAH KEMPUNAN LAGI


Naib Juara Hoki Lelaki 18 Tahun
            SMK Semerah gagal lagi dalam percubaan untuk menjadi juara hoki daerah Batu Pahat. Pertandingan antara sekolah-sekolah menengah daerah telah diadakan pada 31 Januari hingga 1 Februari 2012 bertempat di Stadium Hoki UTHM. Team hoki SMK Semerah diketuai oleh En Kamaruddin dan En Hashim Ghani selaku pengurus pasukan dan dilatih oleh En Azhar Ghafar dan En Abdul Halim Samad serta En Azrizal Aizat selaku jurulatih kecergasan.
          Bermula dengan garang tetapi gagal pada perlawanan akhir. Kegagalan mengekalkan prestasi cemerlang pada  final amat memeranjatkan ramai penonton kerana Semerah adalah team favourite untuk merangkul juara hoki untuk tahun ini. Semerah memulakan langkah berjaya dengan membelasah SMK Seri Medan 5-0 dan menang tipis ke atas SMK Yong Peng 1-0.  Langkah Semerah diteruskan pada pusingan berikutnya dengan membenam SMK Banang Jaya 2-0 dan seterusnya menumbangkan SMK Dato Syed Esa 3-0. Kecemerlangan Semerah akhirnya disekat oleh SMK Dato’ Bentara Luar (SMK DBL) 0-2 pada final yang mendebarkan.
            Dalam perlawanan akhir tersebut, pasukan Semerah bermain dengan pantas dan kemas pada separuh masa pertama. Hantaran lintang oleh pemain  tengah yang diketuai oleh ketua pasukan, Lokman Norhan berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan pasukan SMKDBL. Namun kesudahan hambar oleh penyerang yang diketuai oleh Ezzat dan Firdaus. Strategi SMKDBL yang kerap membuat serangan balas telah berhasil apabila memperolehi jaringan sulung pada minit awal separuh masa kedua. Menurut penolong pengurus Semerah, En Hashim Ghani, "Gol tersebut telah menyentap semangat para pemain Semerah.  Para pemain mula hilang arah". Namun demikian gol tersebut telah menyemarakkan iltizam pemain SMKDBL. Serangan bertali arus oleh barisan depan SMKDBL membuahkan hasil apabila menjaringkan gol kedua pada lima minit terakhir. Pasukan Semerah cuba bangkit pada saat akhir perlawanan namun kekentalan barisan pertahanan SMKDBL melenyapkan terus impian Semerah untuk merangkul johan pada tahun ini. Pencapaian ini mengulangi pencapaian pada tahun lepas. 
              Tahniah kepada SMK Dato' Bentara Luar yang kini kembali mengungguli persada hoki daerah Batu Pahat. Tempat ketiga dimenangi oleh SMK Senggarang , manakala SMK Banang Jaya menduduki tempat keempat. Kepada pasukan lain, cubalah lagi pada tahun hadapan. Penyampaian pingat disampaikan oleh Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar.

Berikut keputusan penuh pertandingan :-

KUMPULAN  A

PASUKAN
SMK TINGGI BATU PAHAT
SMK DATO' BENTARA LUAR
SMK DATO’ SYED ESA
JARINGAN – BOLOS
MATA
KED
SMK TINGGI BATU PAHAT

0 – 2
0 - 1
0 - 3
0
3
( 0 )
( 0 )
SMK BENTARA LUAR
2 – 0

0-1
2 - 1
3
2
( 3 )
( 3 )
SMK DATO’ SYED  ESA
1 – 0
1 – 0

2 - 0
6
1
( 3 )
( 3 )

KUMPULAN  B

PASUKAN
SMK SEMERAH
SMK YONG PENG
SMK BANANG JAYA
JARINGAN – BOLOS
MATA
KED
SMK SEMERAH

1 -0
5 -0
6 -0
6
     1
( 3 )
( 0 )
SMK YONG PENG
0 –1

0-1
0 -2
0
3
( 0 )
( 0 )
SMK BANANG JAYA
0 –5
1 – 0

1 -5
3
2
( 0 )
( 3 )


KUMPULAN C

PASUKAN
SMK SENGGARANG
SMK BANANG JAYA
SMK DATO’ SULAIMAN
JARINGAN – BOLOS
MATA
KED
SMK SENGGARANG

2 – 0
2 - 0
4 - 0
6
1
( 3 )
( 3 )
SMK BANANG JAYA
0 – 2

1-0
1 - 2
3
2
( 0 )
( 3 )
SMK DATO’ SULAIMAN
0 – 2
0 – 1

0 - 3
0
3
( 0 )
( 0 )

No comments:

Post a Comment