Berbekalkan
kejayaan menduduki tempat ke-3 pada tahun 2012, SMK
Semerah menyasarkan kedudukan yang lebih baik pada tahun ini. Team
bola sepak bawah 15 tahun ini dipimpin oleh En
Hashim bin A. Ghani dan En Mohd Faiza
bin Abd Rahman sebagai pengurus manakala En
Abdul Halim bin Abdul Samad dan En
Mohd Hafiz bin Mohd Zaid selaku jurulatih serta dibantu oleh En
Ismail bin Jais (GPK Kokurikulum).
Dengan
azam yang tinggi dan taktik 4-4-2, pasukan Semerah tersentak dengan kecundang
kepada SMK Tunku Putra 1-5.
Namun bangkit memenangi perlawanan kedua menentang SMK
Tunku Mahmood Iskandar 1-0.
Sinar kejayaan pada game kedua
tidak berpanjangan apabila terus kalah dalam 3 perlawanan berikutnya dengan
tumpas kepada SMK Tun Sardon 1-2,
SMK Munsyi Sulaiman 2-4 dan SMK Dato’ Bentara Luar 2-4.
Menurut
jurulatih En Abdul Halim, kecederaan
4 pemain utama akibat kemalangan telah merencatkan kemantapan team. Dengan
sebab itulah, Semerah banyak dibolosi
berbanding gol yang dijaringkan. Beliau akan cuba meneruskan legasi team ini
untuk memperoleh kejayaan pada tahun depan. Dengan azam dan iltizam yang
diterapkan, Semerah mampu bangkit pada
tahun depan untuk memacu kecemerlangan dalam arena bola sepak.
No comments:
Post a Comment