27 October, 2009

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2009 : ANDALAH WIRA DAN WIRAWATI SEJATI


Selasa, 27 Okt 2009. Anda menyumbang dan kami menghargai. Usaha, bakat dan pencapaian para pelajar dihargai oleh pihak sekolah kerana hari ini merupakan kemuncak kokurikulum. Kepimpinan dalam berpersatuan diakui dengan penganugerahan kepada unit pakaian seragam, kelab dan persatuan kepada para pemimpin. Para pemimpin persatuan, kelab dan unit pakaian seragam memperolehi sijil perghargaan atas sumbangan pada tahun 2009. Organisasi yang aktif akan menerima anugerah keaktifan. Justeru itu, satu majlis khas Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2009 telah diadakan di Dataran Informasi untuk majlis penganugerahan tersebut. Pada tahun ini, pemilihan calon sangat sengit. Calon-calon dipilih daripada pelbagai persatuan dan kelab dengan kriteria utama ialah taraf penglibatan mereka dan keaktifan yang memberi impak terhadap sekolah dan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Sehubungan itu, berikut adalah para pemenang anugerah kokurikulum pada tahun 2009 ini :-

  1. Atlet Harapan Lelaki :  Ibrahim bin Hamid 
  2. Atlet Harapan Perempuan :  Nurhafizah bt Zakaria 
  3. Atlet Sukan Terbaik Perempuan : Tiara Natasha
  4. Atlet Sukan Terbaik Lelaki  : Mohd Saifullah bin Md Don
  5. Anugerah Tokoh Sukan PerempuanRohana bt Ayop
  6. Anugerah Tokoh Sukan LelakiMohd Saifullah bt Md Don
  7. Anugerah Tokoh Kokurikulum  Perempuan ; Rohana bt Ayop
  8. Anugerah Tokoh Kokurikulum Lelaki  :  Zaidi bin Marbon
Semoga penganugerahan ini akan memberi satu suntikan kepada para pelajar agar terus memberikan sumbangan kepada pihak sekolah. Tahniah kepada para pemenang anugerah. Bagi atlet  atau tokoh yang masih bersekolah, terush la memberi sumbangan yang terbaik kepada sekolah.



Tahniah daripada Unit Sukan. Teruskan usaha anda demi kecemerlangan  sukan sekolah. Kejayaan anda akan memberikan suntikan baru kepada para pelajar lain untuk berjaya dalam bidang sukan. Kepada guru-
guru, Unit Sukan mengucapkan terima kasih atas segala sokongan, sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan pada tahun 2009. Tanpa kerjasama daripada para guru, kejayaan dan kecemerlangan tidak mungkin tercipta. Tahun depan kita bangkit lagi untuk menyuburkan dan menyemarakkan aktiviti sukan di peringkat dalam dan luaran dengan visi dan misi ke arah kecemerlangan sukan dengan fokus peningkatan kejayaan dalam sukan permainan. InsyaAllah.

26 October, 2009

SMK SEMERAH MENDOMINASI 4 NAIB JOHAN

Berbekalkan misi 2009 iaitu naib johan keseluruhan dengan 1 johan, 1 naib johan dan 1 ketiga. Dengan iltizam dan usaha juang yang tinggi, misi disematkan kepada para pemaian agar bermain bersungguh-sungguh. Pada kali ini En Noimpendi mengetuai kontijen dengan dibantu oleh En Abd Halim dan En Faiza (team bola sepak), En Hasbi, En Roslan dan En Yusof Sarmaet (tema sepak takraw), Pn Waheedah, Pn Norsaedah dan Cik Norul Rafidah (tema bola jaring) dan Cik Noor Nazira, Cik Hasralda dan Cik Diyana Dalila (team bola baling). Sementara itu team petanque telah menarik diri pada saat-saat akhir. Kejohanan tahunan di zon Parit Sulong yang melibatkan 5 buah sekolah ini dikelolakan oleh SMK Penghulu Saad telah diadakan pada 15 Oktober 2009.


Team bola sepak telah bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada SMK Dato’ Onn dengan memenangi 1-0 dengan SMK Penghulu Saad, menang bergaya 2-0 dengan SMK Dato’ Sulaiman tetapi seri 0-0 dengan MRSM. Akhirnya team bola sepak SMK Semerah telah menjadi naib juara Piala Warisan. Team sepak takraw mengungguli tempat kedua Piala Sepedoman. Pasukan bola baling mengekalkan takhta naib johan Piala Semerah di belakang SMK Penghulu Saad. Menang dengan SMK Dato’ Onn (1-0), SMK Dato’ Sulaiman (2-0) dan MRSM (5-0) tetapi tewas (0-5) kepada SMK Penghulu Saad. Pasukan bola jaring menduduki tempat ke-4 Piala Wawasan. Keseluruhannya SMK Semerah menjadi naib juara keseluruhan walaupun mendominasi 3 naib johan piala. Apa kan daya! Insya Allah tahun 2010 kita akan bangkit untuk menjad johan keseluruhan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Jumaat, 16 Oktober 2009. SMK Semerah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Pada hari tersebut adalah hari cuti peristiwa. Oleh itu, ramai pelajar telah sama-sama menyambutnya. Pelajar bukan Islam juga menjamu selera pada hari tersebut. 4 khemah disediakan untuk menjamu selera. Pelbagai jamuan dihidangkan kepada para pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang hadir. Ketupat, rendang, lodeh, sate, cendol dan kuih-muih adalah antara hidangan pada hari tersebut. Para pelajar berbaju raya bergaya untuk menjamu selera dan saling bermaafa-maafan antara mereka dan guru-guru. Unit Sukan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.. Tahun depan bertemu lagi.

24 October, 2009

XPDC KEMBARA TAMAN NEGARA PAHANG


Taman Negara Pahang mengamit memori indah kepada 35 orang pelajar dan 7 orang guru dalam Kembara Taman Negara Pahang. Program kembara ini dianjurkan oleh Panitia PJPK SMK Semerah. Dengan bermatlamatkan mendedahkan para peserta terhadap memencintai alam sekitar dan merasai sendiri keindahan flora dan fauna yang terdapat di hutan tertua di dunia, kembara ini dijalankan dari 14-17 Oktober 2009. Guru-guru yang terlibat ialah Pn Zamilah Ekhwan, Cik Nornida Sapuan, Cik Siti Aisyah Aziz, En Azhar Ghafar, En Mohd Hafiz Zaid, En Abu Bakar Ali dan En Hashim A. Ghani. Hari pertama, para peserta kembara menaiki kereta api pada pukul 9.00 malam dan bertolak dari Stesen Kereta Api Kluang. Bagi yang belum pernah menaikinya ; satu pengalaman menarik! Tiba di Stesen Jerantut pada 2 pagi. Kami disambut oleh En Safuan, Pegawai Perhubungan Perhilitan. Terima kasih tuan kerana sanggup menunggu kami.

Pukul 5 pagi barulah para peserta menaiki bas ke Kuala Tahan. Apa lagi ramai yang tidur kerana masih keletihan dan ada yang tidak lena ketika menaiki kereta api. Tiba di pekan Kuala Tahan pada pukul 7.30 pagi. Apalagi aktiviti pertama ialah sarapan pagi di pekan indah ini. Ramai juga para pelancong dari dalam mahu pun luar negara. Para peserta menginap di Dakili Resort. Aktiviti pertama ialah menjelajah hutan dengan fokus utama aktiviti ialah merentasi jejantas kanopi yang terpanjang di dunia. Ramai yang gayat juga. Mana taknya tiba di tengah-tengah, apabila tengok bawah…aduh tingginya! Namun demikian, semua peserta berjaya mengharunginya selamat.

Aktiviti seterusnya ialah mengharungi jeram dengan bot panjang. 4 bot yang membawa peserta kembara berlumba-lumba menyelusuri Sungai Pahang yang banyak jeram di samping “bermain-main perang air”…sangat seronok! Meletihkan pada hari pertama. Waktu malam kami didedahkan kepada penerangan mengenai khazanah Taman Negara Pahang oleh pegawai Perhilitan di samping tayangan video berkaitan. Keesokan harinya, para peserta menaiki bot laju ke tempat pembiakan ikan kelah, Kelah Sanctuary Lubuk Tenor yang memakan masa lebih kurang 1 jam. Takut juga menaiki bot tetapi akhirnya seronok lihat flora dan fauna di sepanjang sungai. Takjub dengan kehijauan hutan kita di samping kejernihan air sungai. Di sana kami melihat banyak ikan kelah tetapi sayangnya tidak boleh memancing…jadi ada yang mandi-manda, ada yang memberi ikan. Penerangan oleh En Hassan, pegawai Perhilitan mengenai aktiviti pembiakan di sana. Para peserta makan tengah hari di tempat tersebut. 2 jam di sana seperti sekejap. Kemudian kami “tracking” hutan untuk melihat kehadiran binatang di Bunbun Tower. Malangnya tiada pulak mereka! Seterusnya kami meredah hutan untuk sampai di suatu lokasi Sungai Pahang yang dikhaskan untuk aktiviti bermain air. Lama tak bermain air…seronok juga, apa salahnya sekali sekala. Kelihatan ramai para pelancong menaiki bot laju. Agaknya ke tempat pembiakan ikan kelah kot! Kalau mereka sanggup datang ke tempat kita, masakan kita tidak boleh datang ke tempat khazanah hutan kita sendiri apatah lagi hutan di Taman Negara Pahang ini dianggap hutan tertua di dunia.

Petang itu juga kami berkemas pulang dari Pekan Kuala Tahan untuk ke Jerantut. Masa inilah para peserta membeli-belah souvenir. Hujan lebat turun seolah-olah tidak membenarkan kami pulang.
Kami sekali lagi menaiki kereta api dari stesen Jerantut tiba di Kluang pada pukul 8.00 pagi. Tamatlah kembara pada tahun ini. InsyaAllah tahun depan kita pergi lagi tetapi di lokasi lain. Kepada para peserta kembara, andalah paling best. Terima kasih kepada pihak Perhilitan, Dakili Resort dan pihak-pihak yang membantu kami merealisasikan program ini.

21 October, 2009

SUMBANG SARAN PENINGKATAN ASPEK PENGURUSAN SUKAN

Pada 31 September hingga 2 Oktober 2009, Kursus Profesionalisme Pengurusan Sukan Setiausaha Sukan Sekolah Menengah dan Cawangan Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat telah diadakan di Tanjung Piai Resort, Pontian. Kursus sebegini diadakan saban tahun untuk membugarkan aspek pengurusan dan pembangunan sukan di daerah Batu Pahat. Di sini, mereka berkongsi pengalaman, suntikan idea dan sumbang saran ke arah peningkatan aspek pengurusan sukan.

Antara para penceramah yang hadir menyampaikan ceramahnya ialah En Murad bin Arshad (Misi & Visi Sukan Permainan Daerah), Tn Hj Ali bin Ahmad (Pengurusan Sukan), En Azhar bin Ghafar (fisioterapi), En Jafri bin Tasri (Pengurusan Bilik Operasi Sukan), Tn Hj Shukor bin Saim (Pengurusan Kontijen) dan Tn Hj Taat bin Taslim (Kecemerlangan Sukan). Sementara itu, Tn Hj Shafie bin Sarif (Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat) juga menyampaikan amanatnya mengenai Budaya Kerja Orang Jepun yang fokus utamanya berkenaan 5S. Beliau mengharapkan daerah Batu Pahat sentiasa di hadapan dalam sukan dan permainan apatah lagi tahun hadapan Johor akan menjadi tuan rumah olahraga MSSM. Sesuatu perlu dilakukan untuk menuju kejayaan. Beliau juga menyampaikan sijil kehadiran kursus untuk semua peserta.
Dengan input baru kepada para peserta kursus, moga kejayaan yang diperolehi oleh daerah Batu Pahat dalam setiap aktiviti sukan dan permainan pada tahun hadapan. Setiausaha Sukan adalah jawatan yang dipertanggungjawabkan untuk mengcungkil dan mengetengahkan produk pelajar dari sekolah untuk digilap ke arah kecemerlangan semaksimumnya bakat pelajar itu sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri malah peringkat kebangsaan juga.

Majlis penutupan kursus dirasmikan oleh En Kuswandi bin Kayen (Penolong PPD Batu Pahat). Beliau amat berbesar hati dengan kotmitmen yang diberikan oleh semua setiausaha sukan sekolah menengah dan sekolah rendah dalam membantu meningkatkan prestasi sukan dan permainan di daerah Batu Pahat dan Johor.
Semoga tahun hadapan daerah Batu Pahat akan lebih cemerlang dalam bidang sukan dan permainan di peringkat negeri Johor khususnya.