11 February, 2010

SUKANTARA : LAKSAMANA JUARA BERGAYA

Sukantara SMK Semerah telah dijalankan selama dua hari iaitu pada Rabu, 10 Feb dan Khamis, 11 Februari 2010. Dengan berkonsepkan Sukan Untuk Semua, semua pelajar telah mengambil bahagian untuk dua hari berkenaan. Hari pertama dijalankan pada waktu petang. Namun hujan turun lebat pada petang Rabu memaksa pihak sekolah mengadakan pada pagi hari Khamis untuk acara yang tertangguh dan dituruti acara-acara yang telah dirancang pada hari Khamis.
Persaingan sengit pada hari pertama diteruskan pada hari kedua. Suara jeritan ketua rumah kedengaran di setiap venue untuk membakar semangat para ahli rumah masing-masing. Para pegawai bertugas menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan adil. Tahniah dan terima kasih kepada para pegawai. Anda memang profesional.
Setelah tamat 4 acara sukantara, berikut adalah keputusan pertandingan.

Tahniah kepada rumah Laksamana yang bangkit daripada kekalahan dalam Merentas Desa untuk mengorak langkah menjuarai Sukantara. Semua rumah sukan ada memenangi kategori bahagian dengan rumah Nakhoda dan Panglima menjuarai dua kategori manakala rumah lain memenangi satu kategori. Tahniah, sekurang-kurangnya adalah johan untuk setiap rumah sukan. Berikut pecahan johan kategori :-


Piala-piala disampaikan oleh En Radzali bin Ahmad, GPK 1 SMK Semerah. Kepada para pelajar dan guru-guru, ada lagi aktiviti sukan iaitu Sukan Kecil (Acara Awal) yang akan diadakan pada 23 - 25 Februari 2010. Tunggu! Dan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-37 pula akan diadakan pada Khamis, 4 Mac 2010. InsyaAllah perasminya ialah Yang Berhormat Datuk Noraini Ahmad, ahli parlimen Parit Sulong.

06 February, 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA : RUMAH PANGLIMA BERTINDAK GARANG

Cuaca yang baik menandakan aktiviti kali ini akan berjalan seperti yang dirancangkan. Dengan semangat berkobar-kobar, para pelajar memulakan langkah pada awal pagi dengan sesi memanaskan badan (warming-up) oleh wakil setiap rumah. Para pembantu check point telah bergerak awal untuk menunggu kedatangan para peserta yang melalui trek berkenaan. Tahun ini persaingan sengit yang melibatkan 6 buah rumah sukan menyebabkan para pelajar tidak sabar untuk memulakan larian.Para peserta dilepaskan secara berperingkat-peringkat oleh En Adam bin Abu (Pengetua), En Radzali bin Ahmad (GPK1) dan En Tumian bin Jasman (GPKO). Jarak larian peserta lelaki ialah 7.7 km manakal jarak larian perempuan ialah 5.5 km. Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan :-

Sementara itu, keunggulan para pelari sekolah mengungguli kejohanan tahun ini. Kebanyakan persaingan sesama mereka. Namun demikian, upset berlaku untuk kategeori LC dan PC. Pingat-pingat diberikan dari tempat pertama hingga ke-10 sahaja. Berikut adalah keputusan pemenang tiga tempat terbaik setiap kategori :-



LATIHAN SUKANTARA : PRITTT, LONTAR LAGI, LOMPAT LAGI

Laju, laju...Lontarlah bukan baling...Lompat tinggi lagi... Begitulah kata-kata semangat guru-guru ketika latihan Sukantara di padang sekolah. Pada 1 Feb, rumah sukan Laksamana, Ungu dan Nakhoda manakala rumah Bendahara, Oren dan Temenggung dijalankan pada 2 Feb. Para pelajar bersemangat apabila melihat guru-guru mereka memberi perangsang dan dorongan ketika menjalani latihan. Hampir keseluruhan padang digunakan sepenuhnya. Masa dari 3.30 hingga 5.30 petang seolah-olah tidak mencukupi untuk para peserta berlatih. Tidak apa..ada satu lagi sesi latihan iaitu pada 8 & 9 Feb sebelum hari sebenar Sukantara yang akan diadakan pada 10 & 11 Feb. Pada tahun ini Sukantara dijalankan pada sesi petang. Kelihatan juga Tn Hj Adam Abu (Pengetua), En Radzali Ahmad (GPK1) dan En Tumian Jasman (GPKO) turut turun padang menyaksikan sesi latihan...bertambah semangatlah guru-guru dan para pelajar. Kepada para pelajar, teruskan berlatih. Kita jumpa pada hari sebenar 10 & 11 Feb 2010.