Hari ini 30 Ogos 2010, Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Majlis penutupan dilakukan oleh Tn Hj Adam bin Abu, Pengetua SMK Semerah. Ucapan yang berapi-api oleh beliau yang meminta para pelajar menghayati erti pengorbanan para pejuang dan tokoh-tokoh kemerdekaan. Kemerdekaan negara baru mencecah 53 tahun, namun lebih 446 tahun negara Persekutuan Tanah Melayu dijajah oleh 4 kuasa asing. Pengorbanan kita amat kecil berbanding pengorbanan para pejuang dan tokoh-tokoh kemerdekaan.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan pada pagi itu. Dan kemuncaknya ialah nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos oleh para pelajar dan guru-guru serta mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Meriah! Kepada semua pelajar dan guru, teruskan mempertahankan kemerdekaan. Merdeka, merdeka, merdeka!!!