30 September, 2010

TEAM BOLA SEPAK TINGKATAN 1 : PERMULAAN YANG BAIK MENANG BERGAYA

Menang bergaya ! Begitu ungkapan yang boleh diluahkan apabila team bola sepak SMK Semerah menang 6-2 menentang SMK Dato' Syed Esa dalam perlawanan persahabatan pada 30 September 2010. Perlawanan diadakan di padang SMK Semerah.Kejayaan ini memberi perangsang kepada para pemain untuk terus memantapkan lagi prestasi dan menambahbaik mana-mana kekurangan dalam pasukan. Pasukan ini dibentuk oleh En Hafiz Mohd Zaid dan En Mohd Yusof bin Abu Bakar. Bakat-bakat dipilih oleh En Azhar Abd Ghafar dalam sesi pemilihan pada waktu PJK. Pengurus pasukan, En Noimpendi Abu Bakar yakin akan prestasi anak buahnya dalam mencapai misi menjuarai Piala Warisan pada tahun ini. 
Perlawanan persahabatan tersebut diadili oleh En Hashim bin A. Ghani dengan dibantu oleh penjaga garisan saudara Haziq Syakirin dan Mohd Said Sani serta saudara Ahmad Shafik Sapary bertindak sebagai pengadil keempat. Hujan renyai-renyai menjadikan perlawanan bertambah menarik dengan serangan balas dari kedua-dua pasukan.
Separuh masa, SMK Semerah mendahului 1-0 hasil rembatan kencang Lokman Norhan. Serangan bertali arus pasukan Semerah membuahkan hasil dengan 2 jaringan lagi. Ketinggalan 0-3 idak mematahkan semangat pasukan pelawat untuk merapatkan jurang 1-3. Lantas serangan mengejut Semerah tidak dibalas oleh Syed Esa menjadikan jaringan 4-1 dan sekali lagi pasukan pelawat merapatkan jurang kepada 2-4. Semangat kental para pemain Semerah melenyakan impian Syed Esa dengan menjaringkan 2 gol lagi dan menjadikan keputusan penuh kepada 6-2.
Tahniah kepada para pemain dan barisan kejurulatihan. InsyaAllah misi akan dicapai !

27 September, 2010

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2010 : MERIAH DAN LANCAR

Penyertaan dan pencapaian anda dihargai. Inilah hari kemuncaknya atas jasa dan sumbangan para pelajar sepanjang tahun ini kepada pihak sekolah. Hari ini Isnin, 27 Sept 2010 adalah Hari Anugerah Kokurikulum 2010. Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh En Radzali bin Ahmad, GPK 1 SMK Semerah. Tahniah kepada para penerima anugerah. Semoga kita dapat mewujudkan persaingan sihat demi pembangunan insan dalam bersosial. 
Berikut adalah antara pemenerima dan pemenang anugerah :-

26 September, 2010

SALAM LEBARAN DI AIDIL FITRI

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada Jumaat, 24 Sept 2010. Tahun ini majlis diadakan secara sederhana kerana para pelajar akan menghadapi peperiksaan PMR tidak berapa lama lagi. Namun demikian kemeriahan majlis tetap ada. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat. Jamuan dijalankan secara berperingkat-peringkat. Para pelajar membawa kuih-muih untuk dimakan bersama-sama warga sekolah yang lain. Pelbagai juadah disediakan. Sungguhpun tidak semeriah pada tahun lepas, namun suasana hari raya dapat dirasai. Justeru itu, Unit Sukan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SMK Semerah. Semoga Syawal akan merapatkan hubungan sesama insan.

BOLING KEBIRU : 3 TEMPAT TOP TEN

Kebiru SMK Semerah telah menghantar 3 pemain favorite ke Pertandingan Boling Kebiru Daerah Batu Pahat pada 25 Sept 2010 di Star Bowl, BP Mall. Pasukan ini diseliaurus oleh En Hashim A Ghani dan dilatih oleh En Azhar Ghafar. Dengan semangat juang yang tinggi, para pemain yang terdiri daripada Pn Zamilah Ekhwan, Cik Siti Meriam dan Cik Koh Siu Teen telah memenangi 3 kedudukan dalam 10 terbaik daripada lebih 40 orang pemain.
Permainan sengit dijalankan dalam 4 pusingan yang bermula pada 10.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang. Tahniah kepada Cik Siti Meriam yang menduduki tempat ke-4, Cik Koh Siu Teen tempat ke-5 dan johan tahun  lepas Pn Zamilah Ekhwan pula menduduki tempat ke-7.  Sekali lagi Unit Sukan mengucapkan tahniah kepada pasukan team boling perempuan. Di mana team boling lelaki?  Mungkin masih beraya lagi. Apa-apa pun kita cuba tahun depan untuk pencapain yang lebih baik lagi.

02 September, 2010

KEBENARAN KHAS GURU-GURU & MURID-MURID KETIKA PJK

Unit Sukan mengucapkan terima kasih atas kepada YAB Tan Sri Mukhyiddin Yassin atas keprihatinan beliau dalam usaha memperkemas pengurusan dan pembangunan sukan tanahair. Kini guru-guru boleh dan dibenarkan memakai pakaian sukan sepanjang hari yang ada pengajaran PJK. Guru-guru PJK boleh memakain pakaian T-Shirt berkolar, seluar sukan (track-bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih. Kebenaran kelonggaran ini diberikan melalui Surat Siaran KP/KPPM/5/(49) bertarikh 26 Julai 2010 yang diminitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010.
Sehubungan itu, kita sebagai guru-guru PJK mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran yang antara lain bertujuan memperkasa sukan di negara kita. Kami menyokong usaha negara untuk mengembalikan kegemilangan sukan di persada tempatan dan antarabangsa. Semoga sukan negara akan kembali cemerlang, gemilang dan terbilang.