27 February, 2011

TERIMA KASIH, SELAMAT BERTUGAS

Setelah sekian lama mencurahkan kudrat dan ilmu kepada para pelajar SMK Semerah, hari ini tiada lagi kelibatnya di Semerah. Tiada lagi suaranya di padang. Perginya setelah meninggalkan jasa. Itulah Cikgu  (Puan) Zamilah bt Ekhwan. Lebih 10 tahun berbakti di SMK Semerah, kini dinaikkan pangkat dengan menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Convent.
Beliau aktif dalam menjalankan tugas khususnya yang berkaitan dengan subjek PJK dan aktiviti sukan permainan. Setiap tahun pasti kelibatnya ada di padang. Olahraga, bola baling, bola tampar, boling dan sebagainya adalah sukan yang biasa beliau ceburi. Malah kini beliau memegang jawatan Pengerusi Teknik Renang Daerah Batu Pahat.
Unit Sukan mengucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangan beliau. Terima kasih dan selamat bertugas. Teruskan perjuangan.

Team Merentas Desa 2009


23 February, 2011

KRIKET TIDAK KESAMPAIAN


Team kriket masih tidak kesampaian untuk mengungguli arena kriket di daerah Batu Pahat untuk tahun 2011. Masih mengekalkan naib johan seperti tahun 2010 apabila tewas dalam final Pertandingan Kriket MSSD Batu Pahat yang dilangsungkan di SMK Dato' Syes Esa pada 27-28 Januari 2011.
Dengan dilatih oleh En Mohd Faiza dan En Hashim serta dibantu oleh En Azhar dan En Norzaihan, team ini menjuarai kumpulan B dengan membenam SMK Tun Ismail dan SMK Tinggi Batu Pahat. Kemudian menewaskan SMK Dato' Onn pada separuh akhir. Namun kemaraan team ini disekat oleh tuan rumah pada perlawanan akhir. Pingat dan sijil disampaikan oleh Tn Hj Fauzan, Pengetua SMK Dato' Syed Esa. Tahniah kepada para pemain dan pegawai. 4 orang pemain telah dipilih untuk mewakil daerah Batu Pahat ke MSS Johor. Moga tahun depan cubalah lagi untuk status johan pula. Teruskan usaha.

22 February, 2011

LARIAN MAHKOTA : DAULAT TUANKU


Rekod dicipta! Larian oleh 680 ribu warga pendidikan bersama Tunku Mahkota telah mencipta satu rekod yang dicatat oleh Malaysian  Books of Record iaitu larian serentak paling ramai di Malaysia. Justeru itu, di SMK Semerah juga tidak ketinggalan menyertai Larian Perdana Mahkota tersebut.
Dengan jarak 3 km, warga sekolah diketuai oleh Tn Hj Adam bin Abu berlari beramai-ramai menyelusuri jalan raya di Pekan Semerah, terus ke Pasar Awam Semerah dan balik ke SMK Semerah melalui Lorong Sekolah. Walaupun tidak sejauh larian merentas desa, semua warga bersemangat menamatkan larian dalam masa 30 minit. Dengan bantuan lalu lintas oleh polis peronda dari Balai Polis Semerah, kelihatan ibu bapa juga berlari dengan para guru dan para pelajar. Tahniah kepada semua warga sekolah. Kita semua menghargai dan menjunjung Tunku Mahkota ; Daulat Tuanku.

LAKSAMANA UNGGULI MERENTAS DESA 2011


Akhirnya Rumah Sukan Laksamana memenangi Pertandingan Merentas Desa SMK Semerah Tahun 2011. Pertandingan yang diadakan pada hari Jumaat, 28 Januari memperlihatkan keunggulan Laksamana dalam menewaskan lima rumah lain. Dengan diketuai oleh En Dzulkarnain bin Mohd Fadil, rumah Laksamana membalas dendam atas kekalahan tipis mereka pada tahun lepas.
Tahun ini tiga sesi latihan dijalankan. Para peserta rumah bersaing hebat pada hari pertandingan. Kelihatan guru-guru juga bersemangat memberi perangsang kepada para peserta rumah. Cuaca yang baik pada pagi Jumaat tersebut memberikan iltizam kepada para pelari. Peserta-peserta dilepaskan oleh Tn Hj Adam bin Abu, Pengetua SMK Semerah. Berikut adalah keputusan pertandingan :-

1 MURID 1 SUKAN


Pendekatan mutakhir oleh kerajaan untuk menggalakkan para pelajarnya aktif bersukan dengan memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini pada matlamat akhir menjadikan suasana kondusif dalam aktiviti sukan dan permainan agar dapat melahirkan bakat sukan yang berprestasi tinggi. Kita telah melahirkan Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Azizulhasni, Jsoiah Ng dan Sazali Samad (sekadar menyebut beberapa nama) yang bertaraf dunia. Manalah tahu dengan dasar ini akan menyemai minat bersukan dan dapat melahirkan bakat-bakat sukan yang akan dilatih oleh para jurulatih kita. Juga sekurang-kurangnya kita membantu kesedaran pentingnya kesihatan.
Moga dasar ini akan memberi nilai tambah kepada industri sukan tanahair.