Hari raya bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Kesempatan ini, Unit Sukan SMK Semerah. berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga SMK Semerah. Moga ibadah semasa bulan Ramadan akan diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T. Kini tibalah kita meraikan kegembiraan dengan mengucapkan salam Aidil Fitri sesama rakan-rakan dan seterusnya bermaaf-maafan. Sekali lagi, Unit Sukan mengucapkan ﻫﺍري رﺍي عيديلفيرتري ﺴﻼﻤﺕ ; Maaf Zahir dan Batin.
Tidak lupa juga, kita juga akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2011. Di samping menjamu kuih-muih, kibarkanlah bendera Jalur Gemilang tanda kesetiaan kita sebagai warga negara yang merasai nikmat kemerdekaan yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan sebagainya serta pasukan keselamatan. Tanpa mereka, kita tidak akan merasai kemeriahan hari raya dengan suasana aman dan tenteram. Salam Merdeka Raya dari Unit Sukan SMK Semerah.