06 February, 2009

HAMDAN TAHIR MEMBUAT KEJUTAN DALAM MERENTAS DESA

Pada 21 Januari lepas, SMK Semerah telah menjalankan Pertandingan Merentas Desa. Tahun ini laluan trek agak mencabar kerana melalui benteng di pesisiran pantai Sungai Nibong Laut hingga ke Sarang Buaya di samping masih melalui trek kelapa sawit. Alhamdulilah hampir 3/4 pelajar berjaya menamatkan pertandingan ini yang berkonsepkan Sukan Untuk Semua. Upacara pelepasan peserta dilakukan oleh En Abu Hassn bin Abu, GPK1.

Tahun ini satu kejutan dilakukan oleh rumah sukan Hamdan Tahir dengan menjuarai Johan Keseluruhan Pertandingan Merentas Desa Tahun 2009. Tahniah rumah Hamdan Tahir. Terima kasih kepada semua pegawai yang bertugas dengan penuh berdedikasi. Tahun depan berjumpa lagi.

01 February, 2009

Tarikh Baru Aktivti Sukan

Beberapa perubahan diadakan untuk pertandingan sukan di SMK Semerah. Pertandingan Merentas Desa sudah dijalankan pada 21 Januari 2009. Sukantara akan diadakah pada 3 & 4 Februari 2009 tetapi diadakan pada sebelah petang. Oleh itu, pengajaran-pembelajaran akan dijalankan pada sebelah pagi seperti biasa. Sukan Kecil (Acara Awal) akan diadakan pada 13 Feb (3.00 - 6.00 petang hari Jumaat) & 14 Feb (7.30 - 12.30 tgh Sabtu). Sementara itu, Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-36 akan dijalankan pada 19 Feb 2009 (Khamis).

13 January, 2009

AKTIVITI OLAHRAGA TAHUN 2009

Pada tahun 2009, sasaran Unit Sukan SMK Semerah masih bertunjangkan visi lama iaitu mencatat 5 tempat terbaik dalam setiap penyertaan. Dengan berbekalkan pengalaman semua guru amnya dan guru-guru sukan khususnya, Unit Sukan percaya pada tahun ini akan lebih banyak kejayaan akan dikecapi oleh SMK Semerah.
Untuk itu program rutin tahunan seperti Merentas Desa dan Sukantara tetap dijalankan untuk menyahut saranan negara iaitu Sukan Untuk Semua. Pertandingan Merentas Desa akan diadakan pada Rabu, 21 Januari 2009 dengan trek baru yang lebih mencabar. Nantikan tarikhnya.
Sukantara pula akan diadakan pada 5 - 6 Februari 2009 sementara Sukan Kecil pula akan dijadualkan pada 19 - 20 Februari 2009. Klimaksnya ialah Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Semerah Kali Ke-37 akan dijalankan pada Khamis, 21 Februari 2009. Semoga aktiviti olahraga ini akan mampu mencungkil bakat seterusnya diketengahkan bagi mewakili sekolah ke peringkat daerah.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERKHIDMAT

Unit Sukan SMK Semerah mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baru di SMK Semerah. Ada 12 orang guru baru di SMK Semerah pada tahun ini iaitu Pn Adah bt Ibrahim, Pn Haryati bt Katemin, Pn Suziliana bt Ismail, Pn Sariaza bt Tulimin, Pn Noorjihan bt Husaini, Cik Hjh Shereen Jamizah bt Mahbob, En Azhar bin Abd Ghafar, Cik Koh Siu Teen, Cik Fairus bt Amlasi, Cik Nur Aishah bt Aziz, En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir dan En Mohd Faiza bin Abd Rahman.
Sementara itu 4 orang guru telah berpindah iaitu Pn Mardziah bt Khalid, Pn Anisah bt Usop, Pn Hjh Rahmah bt Kassim dan Pn Nur Amelia bt Kamarul Ariffin. Unit Sukan mengucapkan terima kasih atas kerjasama mereka dalam menjayakan aktiviti sukan di di SMK Semerah. Jasa anda tidak terbalas, hanya Allah sahaja yang membalasnya.
Kepada guru-guru baru ditempatkan di SMK Semerah, carilah pengalaman dan ilmu untuk bekalan dalam mengharungi sistem pendidikan yang rencam dan mencabar. Kepada guru-guru lama tetapi baru bertugas di SMK Semerah, marilah berkongsi ilmu dan pengalaman untuk menaikkan lagi nama SMK Semerah terutama dalam bidang sukan dan permainan. Kami tahu anda ada kepakaran, tunjukkan dan curahkan untuk para pelajar di sini.