Kontijen SMK Semerah diwakili oleh 38 orang atlet dan 6 orang pegawai yang terdiri En Azhar Ghafar, En Razif Palil, En Hafiz Hilmi, En Hashim A. Ghani, Pn Waheedah Wahab dan Pn Norsaedah Jamal.
08 March, 2018
OLAHRAGA TETAP MENYERLAH DI PERSADA : 1 EMAS, 2 PERAK, 2 GANGSA
Semerah masih menyerlah di persada olahraga apabila memperoleh 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa di Kejohanan Olahraga MSSD Batu Pahat yang dijalankan pada 5-8 Mac 2018. Pertandingan diadakan di Stadium UTHM.
14 February, 2018
SOFBOL SEMERAH MASIH MENYERLAH ; DI PERSADA KETIGA
![]() |
Baris pertama dari kiri : Adila, Chempaka, Mimi, Adlena, Anes dan Nazira
Baris kedua dari kiri : En Iddi, Cg Hasralda, Elmy,Aisyah, Wani, Atun, Adibah, Aqilah, Shikin, Cg Hashim dan Cg Hamizan
|
Sekali tersungkur, amat sukar untuk
bangkit. Langkah disusun agar terus berlari. Namun sudah terlewat untuk
mengejar. Begitulah yang berlaku pada pasukan sofbol SMK Semerah apabila menduduki
tempat ke-3 dalam Pertandingan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat. Pertandingan yang
diadakan di Kolej Vokasional Batu Pahat pada 12 – 14 Februari 2018 ini melibatkan 8 pasukan lelaki dan 10
pasukan perempuan.
Dengan
latihan berterusan tanpa henti sejak mula tahun baru 2018 dan latihan berkala
bermula bulan Disember tahun lepas, pasukan sofbol SMK Semerah yang diterajui
oleh Tn Hj Hashim bin A. Ghani dan dibantu oleh En Hafiz Hilmi, En Iddi Muhaimin, En Musa serta diurus selia
oleh Cik Hasralda bt Abu Hassn dan En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir, memulakan langkah
bergaya apabila meratah SMK Dato’ Seth 28-0. Kemudian membenam SMK Tun Aminah 10-0 dan seterusnya menumbangkan SMK Dato’ Sulaiman 14-2.
Langkah
bergaya ini disekat oleh SMK Tunku Mahmood Iskandar (STMI) apabila
07 February, 2018
BENDAHARA KEKALKAN KEJUARAAN SUKANTARA 2018
![]() |
| Acara-acara yang dijalankan : lompat jauh, 100 meter dan lontar peluru |
Bendahara mengekalkan
kejuaraan apabila merangkul juara Sukantara
SMK Semerah pada tahun 2018. Rumah Syahbandar yang mengekori rapat Bendahara sekadar bepuas hati menduduki naib
juara Sukantara. Pertandingan yang
diadakan pada 5 – 6 Februari pada sesi pagi
agar lebih ramai penglibatan pelajar dalam sukan supaya falsafah Sukan Untuk Semua boleh
diaplikasikan.
12 January, 2018
BENDAHARA RAMPAS TAKHTA UNTUK JUARAI MERENTAS DESA
Johan tahun lepas, Laksamana kecundang apabila hanya
menduduki tempat ke-2 dalam Pertandingan Merentas Desa SMK
Semerah sebaliknya Bendahara yang menduduki
tempat kedua pada tahun lepas, telah berjaya merampas takhta johan merentas
pada tahun ini.
Pertandingan yang diadakan pada 11 Januari 2018 telah dilepaskan
oleh Tn Hj Shidan bin Ramli, Pengetua SMK Semerah pada pukul
9.30 pagi. Jarak larian pada tahun ini sejauh 5.8 km.
Panglima yang nampak hebat tersungkur di tempat ke-4, manakala Nakhoda dan Syahbandar masih belum memberi saingan dalam pertandingan pada tahun ini. Rumah Temenggung pula menunjukkan peningkatan pada tahun ini apabila menduduki tempat ke-3.
Panglima yang nampak hebat tersungkur di tempat ke-4, manakala Nakhoda dan Syahbandar masih belum memberi saingan dalam pertandingan pada tahun ini. Rumah Temenggung pula menunjukkan peningkatan pada tahun ini apabila menduduki tempat ke-3.
Walaupun
hujan renyai-renyai turun, namun ianya tidak mencacatkan pertandingan. Laluan
trek yang lecak dan berair merencatkan semangat para pelajar dalam mendapatkan
mata untuk rumah sukan masing-masing. Berikut adalah keputusan merentas desa
pada tahun ini.
RUMAH SUKAN
|
LA
|
LB
|
PA
|
PB
|
JUMLAH
|
KED
|
BENDAHARA
|
31
|
57
|
15
|
19
|
122
|
1
|
LAKSAMANA
|
43
|
20
|
16
|
22
|
101
|
2
|
NAKHODA
|
1
|
12
|
32
|
28
|
73
|
5
|
PANGLIMA
|
18
|
29
|
27
|
8
|
82
|
4
|
SYAHBANDAR
|
6
|
29
|
6
|
11
|
52
|
6
|
TEMENGGUNG
|
27
|
23
|
23
|
19
|
91
|
3
|
Tahniah kepada para
pemenang. Anda semua HEBAT ! Aktiviti berikutnya ialah
Subscribe to:
Posts (Atom)









