10 February, 2014

SEMERAH UNGGUL JUARAI KRIKET KALI KETIGA

Mohd Nor Hakim, Bowlers Terbaik dan Batsman Terbaik
Mohd Lutfi, Pemain Terbaik

Juara buat kali ketiga
SMK Semerah unggul apabila menjuarai Pertandingan Kriket Daerah Batu Pahat bagi tahun 2014. Inilah kali ketiga berturut-turut Semerah menjadi johan permainan kriket kategori bawah 18 tahun setelah berjaya menjadi johan pada tahun 2012 dan 2013. Pertandingan yang disertai oleh 10 pasukan ini dijalankan di SMK Dato’ Syed Esa pada 5 dan 6 Februari yang lepas.
Pasukan Semerah yang diketuai oleh En Mohd Faiza dan Tn Hj Hashim sebagai jurulatih serta En Mohd Norzaihan sebagai pengurus, memulakan langkah dengan menundukkan musuh tradisi SMK Tun Ismail 58-57 larian.

02 September, 2013

KEM 1 MURID 1 SUKAN UNTUK GURU-GURU PENASIHAT KELAB

Para peserta untuk modul 1M1S untuk permainan sofbol

Tarikh Kem : 28 - 29 Ogos 2013
Tempat       : SM Sains Batu Pahat
Peserta       : 250 orang guru
Jenis Permainan : Sofbol, gimnastik, senamrobik, futsal dan ragbi






28 June, 2013

HARI KEUSAHAWANAN : MENDERMA SAMBIL MENJAMU SELERA ; CUNGKIL BAKAT NIAGA


  
Gerai Persatuan PJK : Menjual roti canai dan murtabak
Hari Keusahawanan kembali semula diadakan pada 27 Jun 2013 setelah tahun lepas tidak diadakan. Hujan turun renyai-renyai pada sebelah malam dan awal hening pagi melenyapkan masalah jerebu. Hari ini juga diadakan Hari Terbuka. Program yang dinaungi oleh PIBG ini  berobjektifkan mencungkil bakat berniaga dan kepimpinan serta memperoleh pengalaman dalam dunia perniagaan dimulakan dengan upacara perasmian oleh Yang Berhormat En Ismail Roslan, ADUN Semerah.