Taman Negara Pahang mengamit memori indah kepada 35 orang pelajar dan 7 orang guru dalam Kembara Taman Negara Pahang. Program kembara ini dianjurkan oleh Panitia PJPK SMK Semerah. Dengan bermatlamatkan mendedahkan para peserta terhadap memencintai alam sekitar dan merasai sendiri keindahan flora dan fauna yang terdapat di hutan tertua di dunia, kembara ini dijalankan dari 14-17 Oktober 2009. Guru-guru yang terlibat ialah Pn Zamilah Ekhwan, Cik Nornida Sapuan, Cik Siti Aisyah Aziz, En Azhar Ghafar, En Mohd Hafiz Zaid, En Abu Bakar Ali dan En Hashim A. Ghani. Hari pertama, para peserta kembara menaiki kereta api pada pukul 9.00 malam dan bertolak dari Stesen Kereta Api Kluang. Bagi yang belum pernah menaikinya ; satu pengalaman menarik! Tiba di Stesen Jerantut pada 2 pagi. Kami disambut oleh En Safuan, Pegawai Perhubungan Perhilitan. Terima kasih tuan kerana sanggup menunggu kami.
Pukul 5 pagi barulah para peserta menaiki bas ke Kuala Tahan. Apa lagi ramai yang tidur kerana masih keletihan dan ada yang tidak lena ketika menaiki kereta api. Tiba di pekan Kuala Tahan pada pukul 7.30 pagi. Apalagi aktiviti pertama ialah sarapan pagi di pekan indah ini. Ramai juga para pelancong dari dalam mahu pun luar negara. Para peserta menginap di Dakili Resort. Aktiviti pertama ialah menjelajah hutan dengan fokus utama aktiviti ialah merentasi jejantas kanopi yang terpanjang di dunia. Ramai yang gayat juga. Mana taknya tiba di tengah-tengah, apabila tengok bawah…aduh tingginya! Namun demikian, semua peserta berjaya mengharunginya selamat.
Petang itu juga kami berkemas pulang dari Pekan Kuala Tahan untuk ke Jerantut. Masa inilah para peserta membeli-belah souvenir. Hujan lebat turun seolah-olah tidak membenarkan kami pulang.
Kami sekali lagi menaiki kereta api dari stesen Jerantut tiba di Kluang pada pukul 8.00 pagi. Tamatlah kembara pada tahun ini. InsyaAllah tahun depan kita pergi lagi tetapi di lokasi lain. Kepada para peserta kembara, andalah paling best. Terima kasih kepada pihak Perhilitan, Dakili Resort dan pihak-pihak yang membantu kami merealisasikan program ini.
No comments:
Post a Comment