23 January, 2010

LATIHAN MERENTAS DESA ; AYUH TERUSKAN LARIAN


Bersemangat. Itulah persepi awal kepada para pelajar yang telah berlari dalam latihan merentas desa. Latihan Sesi Pertama merentas desa telah diadakan pada hari Isnin, 18 Jan 2010 telah disertai oleh para pelajar dari rumah sukan Syahbandar (Merah), Laksamana (Kuning), Nakhoda (Ungu). Manakala Panglima (Oren), Temenggung (Hijau) dan Bendahara (Biru) mengadakan latihan pada hari Selasa, 19 Jan 2010. Jarak larian pada tahun ini ialah 9.5 km iaitu jarak larian paling jauh yang pernah dianjurkan oleh Unit Sukan. Larian bermula dari padang sekolah melalui jalan sekitar Semerah Laut masuk kebun sawit terus ke Sarang Buaya Laut sehingga menyelusuri Kawasan Penternakan Udang sehinggalah ke Sungai Nibong Laut dan berakhir di padang sekolah. Latihan Sesi Kedua diadakan pada 25 & 26 Jan 2010.

Walaupun jaraknya jauh, lebih kurang 9.6 km, namun para pelajar tetap berjaya menghabiskan larian. Ada yang membawa air juga. Ada yang tidak larat berlari boleh berjalan untuk menarik nafas untuk berlari lagi. Namun mereka tetap berjaya menghabiskan larian. Malah ada guru-guru yang berlari bersama-sama para pelajar seperti En Hafiz, En Lim Seng Hoe, Cik Diyana, Pn Nurul Wahidah dan Pn Hafizah Zainal. Syabas! Kepada para pelajar, latihan ini hanyalah persediaan untuk hari sebenar pada Sabtu, 6 Feb 2010. Pada latihan yang akan diadakan pada 24 & 25 Jan 2010, jarak larian dikurangkan iaitu jarak larian perempuan ialah 5.5 km manakala jarak larian lelaki ialah 7.5 km. Ini kerana laluan asal ada batuan yang menghalang larian para pelajar dan agak berbahaya. Jadi trek baru dibuat untuk memudahkan larian dan memendekkan jarak larian. Pihak sekolah amat mementingkan keselamtan pada pelajar.Teruskan berlari. Jumpa pada 6 Feb 2010 untuk pertandingan yang sebenar.

No comments:

Post a Comment