Setiap awal tahun sasaran akan dibuat untuk setiap permainan. Ada yang disasarkan untuk johan, ada juga disasarkan untuk penyertaan. Sasaran yang dibuat berdasarkan status pencapaian tahun lepas dan keupayaan guru dan pelajar untuk mencapai sasaran tersebut serta kemampuan pihak sekolah menyediakan prasarana untuk pembangunan sukan permainan. Nampaknya tahun 2010 ini, pencapaian SMK Semerah boleh dikatakan sederhana walaupun dalam beberapa permainan menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Paling tinggi pencapaian ialah penyertaan 2 orang pelajar ke peringkat MSSM iaitu Mohd Izham Hamdan dan Wan Mohd Hanapi untuk acara kriket. Namun demikian, setakat ini juga ada 2 orang pelajar yang telah sampai ke tahap antarabangsa bagi acara marathon terbuka di Putrajaya iaitu Mohd Azwan Mesni dan Mohd Azwan Sobri Aziz. Kejayaan seperti ini adalah diharapkan akan menyuntik semangat di kalangan para pelajar agar terus bersaing dalam peringkat yang lebih tinggi di samping menaikkan nama sekolah. Teruskan berusaha para pelajar. Anda boleh!
Tahun depan 2011, perubahan ketara dalam aspek penglibatan pelajar dan program sukan permainan tahunan agar selaras dengan dasar kementerian iaitu 1 pelajar ; 1 sukan. Kepada guru-guru yang bekerjasama dan memberi sokongan padu kepada Unit Sukan, terima kasih diucapkan. Penghargaan dan sekalung terima kasih juga kepada barisan jurulatih, pengurus dan pegawai-pegawai yang membantu membawa, melatih, mengurus dan memberi semangat kepada para pelajar SMK Semerah. Jasa dan pengorbanan guru-guru amat dihargai.
No comments:
Post a Comment