06 October, 2010

KONSEP DAN ISTILAH KECERGASAN

Konsep Kecergasan atau Kesejahteraan Keseluruhan
Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, dan rohani yang membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu mengenai kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap.
Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Aspek inilah yang banyak disentuh dalam silibus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal. Aspek pembangunan mental ini membantu kepada para pelajar dalam meningkatkan kualiti dalam pembelajaran. Inilah nilai tambah dalam sistem pendidikan di Malaysia yang banyak menjurus kepada “exam oriented”. Mental yang cergas akan pembentukan intelek yang berdaya saing dan proaktif.
Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini. Interaksi ini akan mencetuskan sosialisasi dalam sistem pendidikan. Pelajar tidak akan buntu dan jumud dalam alam masyarakat yang realiti apabila keluar daripada kepompong persekolahan.
Kecergasan Emosi
Kecergasan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik. Emosi yang sihat akan mencambahkan minda yang positif, cerdas dan berakal untuk proses penyelesaian masalah yang dihadapai agar tidak mencetuskan konflik.
Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif. Kecergasan ini perlu disulami dengan amalan keagamaan yang berterusan seperti solat dan zikirilulah.

No comments:

Post a Comment