28 April, 2011

APA DAH JADI SEPAK TAKRAW DAN BOLA JARING?


Minggu ini 3 permainan peringkat MSSD Batu Pahat dijalankan iaitu sofbol L/P 18 tahun, sepak takraw bawah 15 dan 18 tahun serta bola jaring 15 dan 18 tahun.  Permainan sofbol diadakan di SMK Tunku Mahmood Iskandar dari 26-28 April 2011Sepak takraw bawah 18 tahun dijalankan di SMK Tun Ismail dari 25-26 April 2011 manakala sepak takraw bawah 15 tahun ditandingkan di SMK Permata Jaya bermula 27-28 April 2011.  Bagi bola jaring pula, pertandingan diadakan di SJKC  Chung Hwa, Seri Gading pada 28-29 April 2011.
Namun demikian, Semerah gagal beraksi cemerlang dalam permainan bola jaring dan sepak takraw. Regu L18 yang diketuai oleh Mohd Syafik bin Selamat berjaya juara kumpulan tapi gagal melepasi pusingan suku akhir. Pasukan bola jaring P18 menang 2 kali dan tewas 3 kali dan tidak berjaya ke pusingan suku akhir. Hanya pasukan sofbol yang meraih naib johan kategori perempuan. Tahniah kepada pasukan sofbol.
Terima kasih kepada Cik Nornida bt Sapuan, Pn Norsaedah bt Jamal dan Pn Waheedah bt Wahid serta Pn Habshah bt Talib yang melatih dan mengurus team bola jaring. Tidak ketinggalan juga ucapan teruskan berjuang kepada En Hasbi bin Mohd Nor dan En Roslan bin Mohamad yang tetap mencuba mengembalikan kegemilangan arena sepak takraw. Teruskan berusaha agar kejayaan akan dikecapi pada tahun-tahun akan datang. Jangan putus asa.
Adakah sesuatu perlu dilakukan?

SEMERAH UNGGULI NAIB JOHAN SOFBOL


Naib Johan Sofbol MSSD Batu Pahat P18 Tahun
Aksi sengit dan mendebarkan dalam final antara SMK Semerah (SMKS) menentang SMK Tunku Mahmood Iskandar (SMKTMI) menyaksikan SMK Semerah nyaris menjadi johan kategori perempuan dalam Pertandingan Sofbol L/P Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat yang bermula dari 26 – 28 April 2011 di SMK Tunku Mahmood Iskandar.  
Team yang telah dibentuk sejak 4 tahun lepas memulakan langkah dengan membelasah tanpa belas kasihan SMK Seri Gading 29-0. Ini adalah rekod kejohanan. Mangsa seterusnya ialah SMK (P) Temenggung Ibrahim dengan larian 22-2.  Pada peringkat separuh akhir

CIRI-CIRI JURULATIH YANG CEMERLANG



1.      Ciri  pertama jurulatih yang berkesan ialah berkemahiran untuk menunjukcara semasa latihan terutama kepada atlet-atlet baru. Tidak semestinya coach mempunyai kemahiran tinggi, namun beliau sentiasa menggunakan kemahiran tersebut mengikut situasi dan tahap atlet bimbingannya.
2.      Jurulatih mesti mempunyai pengetahuan dalam bidang tertentu seperti fisiologi senaman, kompenen kecergasan, pemakanan, kecederaan sukan serta boleh menganalisis pelbagai situasi latihan dan ‘ketika real time’.  Dalam hal ini, nilai tambahnya ialah arif dalam peraturan dan undang-undang permainan.
3.      Juga mesti mempunyai kebolehan mengendali dan mengelola sesi latihan yang berkesan agar berlaku ansur maju dalam latihan dan berkeupayaan memupuk penglibatan maksimum pemain dalam latihan serta berlaku situasi seronok dan bukan paksaan.
4.      Jurulatih juga mesti berupaya berkomunikasi dengan mudah dan difahami agar para pemain mampu memahami dan  menerapkannya dalam situasi sebenar.
5.      Jurulatih seharusnya memiliki personaliti yang disenangi seperti sifat suka berjenaka, tegas, sifat penyayang, bersemangat tinggi, kerap memberi motivasi, dan bersikap adil terhadap semua atletnya. Interaksi secara dua hala antara jurulatih dengan pasukannya boleh membantu kejayaan pasukannya.
6.      Jurulatih perlu memiliki pelbagai kebolehan yang berkaitan dengan bidangnya iaitu boleh bertindak sebagai guru dan pentadbir kepada pasukannya, sentiasa bijaksana, mematuhi peraturan, prihatin  terhadap keselamatan, alatan dan kemudahan. Juga memiliki keupayaan sebagai pengerah dan penggerak iaitu mampu mencari dan mengenal pasti atlet berpotensi.
Selain itu mampu bertindak sebagai perancang strategi serta taktik. Strategi merupakan perancangan jangka panjang untuk mencapai sesuatu sasaran manakala taktik ialah tindakan jangka pendek bagi memastikan kejayaan strategi yang ditetapkan.

20 April, 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA BADAN UNIFORM

Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)
Lapan pasukan unit pakaian seragam bertanding untuk Pertandingan Kawad Kaki Antara Badan Unifom SMK Semerah pada tahun ini. Kebanyakan pasukan yang bertandingan telah berlatih sejak 3 minggu yang lepas. Hampir setiap hari mereka berlatih di perkarangan sekolah dan padang. 
Hujan renyai-renyai sejam sebelum pertandingan bermula tidak mematahkan semangat para pelajar menyiapkan diri dengan pemakaian lengkap. Tiba-tiba hujan reda dan pertandingan pun bermula pada pukul 12.30 tengah hari. Ada 3 peringkat penilaian iaitu kelengkapan pakaian, kawad statik dan kawad formasi. Ratusan pelajar memenuhi ruang legar perhimpunan untuk memberikan sokongan padu kepada unit pakaian masing-masing. Meriah !
Kelihatan segak bergaya PBSM sebagai pasukan pertama yang memasuki gelanggang kawad yang dijalankan di tapak perhimpunan. Dikuti oleh  Pandu Puteri, seterusnya langkahan bertenaga oleh Kadet  Polis kemudian diikuti oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang penuh kreativiti dalam kawad formasi. Seterusnya hebat berpakaian serba biru oleh JPA3, hentakan mantap oleh Kadet Bomba, Pengakap dan hayunan tangan seragam oleh PPIM. Nampaknya mereka bersungguh-sungguh menunjukkan siapakah juara kawad pakaian seragam untuk tahun ini. Tahniah kepada para pelajar yang menujukkan komitmen dan kerjasama dalam pertandingan ini. Teruskan.
Keputusan pertandingan akan diumumkan pada minggu depan.
Pengakap

17 April, 2011

KEJAYAAN DAN KEJURULATIHAN

Semua yang menyertai pertandingan inginkan kejayaan. Mencapai sasaran adalah klimaks kejayaan.  Sasaran bergantung kepada keupayaan idividu dan pasukan yang dilatih oleh seorang yang bernama jurulatih atau coach.
Seorang jurulatih yang baik dan berkesan bukan setakat memliki sijil ataupun wisel, papan klip dan topi. Amnya, jurulatih ialah seseorang yang mempunyai ilmu, kebolehan dan kemahiran. Jurulatih juga perlu ada nilai tambah (value-added) yang tersendiri. Walaupun kebolehan bermain tidak wajib ada pada seseorang jurulatih, namun kebolehan ini adalah nilai tambah yang membantu jurulatih untuk melatih para pemainnya.  Ilmu yang dipelajari akan diadunkan  dengan pengalaman ketika bermain. Ini secara tidak langsung akan membina imej dan personaliti jurulatih tersebut lebih berketrampilan sebagai coach yang hebat.
Sehubungan itu, secara amnya, terdapat enam instrumen yang seharusnya dimiliki oleh seorang jurulatih iaitu berkemahiran, , berilmu pengetahuan, berkeupayaan mengelola dan mengurus, berterus terang, memiliki personaliti yang disenangi dan mempunyai pelbagai kebolehan yang berkaitan.
            Justeru itu, kejayaan seseorang atlet atau pasukan sememangnya amat sinonim dengan enam instrumen ciri-ciri seorang jurulatih.  Moga dengan sedikit perkongsian ini, akan membantu guru-guru dalam menilai sifat-sifat seorang jurulatih agar mencapai sasaran dalam penyertaan pertandingan.

11 April, 2011

HOKI, BOLA BALING & CATUR MSS JOHOR ; MENANG TEWAS ADAT PERTANDINGAN


Pasukan Bola Baling L12 Batu Pahat : Naib Johan 
Minggu ini pada 8-10 April 2011, 3 permainan iaitu hoki, catur dan bola baling dijalankan pada peringkat MSS Johor. Hoki MSSJ diadakan di Johor Bahru, catur dipertandingkan di Muar manakala bola baling dijalankan di SM Vokasional, Batu Pahat.
Seramai 8 orang pelajar dari SMK Semerah telah mewakili daerah Batu Pahat ke kejohanan MSSJ. Nurul Idayu bt Buang dan Nur Alia mewakili Batu Pahat untuk aktiviiti catur, Mohd Haziq Asyakirin bin Abu Bakar, Suhaimi bin Marbon dan Mohd Said bin Sani untuk permainan hoki. Sementara itu, bola baling disertai oleh Ahmad Syafik bin Sapary, Mohd Faizal bin Supian dan Mohd Azlan bin Ariffin. Mereka diiringi oleh En Hashim bin A. Ghani (pengurus bola baling), En Azrizal Aizat (pengurus hoki) dan Pn Rozaidah bt Talib (pengurus catur).
Bagi catur MSSJ, wakil Nurul Idayu bt Buang memenangi 4-2 dan Nur Alia 3-3. Manakala bagi hoki MSSJ, L18 daerah Batu Pahat sampai ke suku akhir.
Sementara itu, pada Kejohanan Bola Baling MSSJ, daerah Johor Bahru mengungguli semua kategori apabila menyapu bersih 4 kategori pada perlawanan akhir. Daerah Batu Pahat hanya mampu menjadi naib johan L12 sahaja dan tempat ketiga P18. Majlis penyampaian dan penutupan disempurnakan oleh Tn Hj Sapiee bin Md Shariff, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat. Majlis penutupan diadakan secara gilang-gemilang seolah-olah seperti berada di arena pertandingan MSSM. Tahniah kepada pengelola, daerah Batu Pahat.
Kegagalan tidak akan melemahkan semangat. Sungguhpun mereka tidak berjaya memenangi pingat pada pertandingan tersebut, namun penyertaan mereka yang mewakili daerah Batu Pahat tetap satu kejayaan kepada sekolah. Bukan senang untuk mewakili daerah kerana ada beratus pelajar yang menyertai sesuatu pertandingan dan merekalah yang terpilih. Sekalung tahniah atas penyertaan mereka.

05 April, 2011

KEMARAAN BOLA SEPAK DISEKAT OLEH SERI GADING

Minggu lepas, tiga permainan dihantar oleh SMK Semerah ke pertandingan permainan peringkat MSSD Batu Pahat iaitu hoki kategori bawah 18 tahun, bola sepak 15 tahun dan catur bawah 18 tahun. Guru-guru giat melatih dan membimbing para pemain sejak awal lagi khususnya semasa cuti sekolah yang lepas.
Bagi permainan bola sepak bawah 15 tahun, pertandingan dijalankan di SMK Seri Medan dan SMK Tunku Putra. Pasukan bola sepak lelaki SMK Semerah diketuai oleh En Noimpendi bin Abu Bakar, En Mohd Hafiz bin Mohd Zaid dan En Mohd Yusof bin Abu Bakar serta dibantu En Mohd Faiza bin Abdul Rahman.  Pasukan ini berjaya menewaskan SMK Tinggi Batu Pahat 2-0 dan membenam SMK Dato’ Seth 2-0 tetapi tewas 0-4 kepada SMK Dato’ Syed Esa untuk menjadi naib johan kumpulan C dan  berjaya melangkah ke suku akhir. Namun begitu, kemaraan team ini disekat oleh SMK Seri Gading yang membelasah SMK Semerah 9-0 pada peringkat suku akhir.  Johan pertandingan bola sepak ini dimenangi oleh SMK Seri Gading yang menewaskan SMK Dato' Syed Esa.
Pujian tetap diberikan kepada team yang telah bermati-matian untuk merealisasikan misi ke separuh akhir walaupun sekadar ke suku akhir. Tahun depan kita cuba lagi untuk melangsaikan misi yang belum dilunaskan. Teruskan usaha !

SEMERAH JOHAN LAGI, MENGUNGGULI CATUR

SMK Semerah memang hebat ! Juara catur kategori perempuan. Team catur yang diwakili oleh 6 orang pemain lelaki dan 2 orang pencatur perempuan telah dibimbing oleh Pn Rozaidah bt Talib dan Tn Hj Zaini bin Othman. Pertandingan diadakan di SMK (P) Temenggung Ibrahim pada 31 Mac-1 April. 
Pencatur Norhidayu Buang telah berjaya mengulangi kejayaannya semasa tahun 2009 ketika menjuarai kategori P15 tahun, telah bangkit daripada kekalahan pada tahun lepas dengan menjuarai kategori P18 dengan kemenangan bersih 6-0. Malah rakannya Nor Alia telah menduduki tempat ke-3 dalam kategori yang sama.  Sementara itu, para peserta lain juga tidak kurang hebatnya dengan paling sikit mata ialah 2.5. 
Nampaknya kejayaan meneruskan pesta kejayaan SMK Semerah pada awal musim 2011 ini iaitu setelah kejayaan team kriket (naib johan L18), bola baling (johan L18) dan hoki (naib johan L18). Moga pencapaian setakat ini akan member perangsang dan iltizam kepada permainan lain agar terus mengekalkan momentum kejayaan ini. Semerah Boleh !