Semua yang menyertai pertandingan inginkan kejayaan. Mencapai sasaran adalah klimaks kejayaan. Sasaran bergantung kepada keupayaan idividu dan pasukan yang dilatih oleh seorang yang bernama jurulatih atau coach.
Seorang jurulatih yang baik dan berkesan bukan setakat memliki sijil ataupun wisel, papan klip dan topi. Amnya, jurulatih ialah seseorang yang mempunyai ilmu, kebolehan dan kemahiran. Jurulatih juga perlu ada nilai tambah (value-added) yang tersendiri. Walaupun kebolehan bermain tidak wajib ada pada seseorang jurulatih, namun kebolehan ini adalah nilai tambah yang membantu jurulatih untuk melatih para pemainnya. Ilmu yang dipelajari akan diadunkan dengan pengalaman ketika bermain. Ini secara tidak langsung akan membina imej dan personaliti jurulatih tersebut lebih berketrampilan sebagai coach yang hebat.
Sehubungan itu, secara amnya, terdapat enam instrumen yang seharusnya dimiliki oleh seorang jurulatih iaitu berkemahiran, , berilmu pengetahuan, berkeupayaan mengelola dan mengurus, berterus terang, memiliki personaliti yang disenangi dan mempunyai pelbagai kebolehan yang berkaitan.
Justeru itu, kejayaan seseorang atlet atau pasukan sememangnya amat sinonim dengan enam instrumen ciri-ciri seorang jurulatih. Moga dengan sedikit perkongsian ini, akan membantu guru-guru dalam menilai sifat-sifat seorang jurulatih agar mencapai sasaran dalam penyertaan pertandingan.
No comments:
Post a Comment