21 September, 2011

PIALA WARISAN : MENARUH HARAPAN UNTUK MENCIPTA KEJAYAAN


Adakah sesuatu keajaiban akan tercipta pada tahun ini. Kita saksikan ! Sekali lagi pesta permainan antara 5 buah sekolah di Parlimen Parit Sulong iaitu SMK Semerah, SMK Dato’ Onn, SMK Penghulu Saad, SMK Dato’ Sulaiman dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, akan berentap untuk menentukan siapakan sekolah yang paling unggul pada tahun 2011. Pesta permainan pada tahun ini akan diadakan pada 1 November 2011 di SMK Dato’ Onn.
Pesta permainan yang hanya melibatkan para pelajar Tingkatan Satu ini akan menyaksikan pertandingan dalam empat (4) permainan iaitu bola sepak dan sepak takraw bagi kategori lelaki manakala bagi kategori perempuan  ialah bola jaring dan bola baling. Bukan setakat itu sahaja, guru-guru juga akan bertanding dalam satu permainan. Tahun lepas, acara guru-guru ialah badminton. Tahun ini pertandingan boling pula diadakan.
Berdasarkan sejarah pesta permainan tersebut,  SMK Dato’ Onn telah menjadi johan keseluruhan pada tahun 2007,   dikuti  Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang merampas  kejuaraan pada tahun 2008. Pada tahun 2009, giliran SMK Penghulu Saad  pula merangkul piala tersebut. Sementara itu. SMK Dato’ Sulaiman mengunggulinya pada tahun 2010.  Pada tahun 2011, siapakah pula yang akan menjadi juara? Hanya SMK Semerah sahaja yang belum mampu merangkulnya. Mungkinkah pada tahun ini SMK Semerah akan menjulang piala rebutan tersebut. Kita nantikan dan saksikan !
Johan 2010 : SMK Datuk Sulaiman

No comments:

Post a Comment