Pasukan sofbol SMK Semerah yang seringkali mengharumkan nama Semerah dalam arena sofbol dikejutkan dengan kekalahan dalam perlawanan pertama yang seterusnya menyingkirkan Semerah untuk ke separuh akhir. Pasukan Sofbol Semerah yang diketuai oleh En Hashim A. Ghani dan dibantu oleh Cik Hasralda Abu Hassn, Cik Norul Rafidah Redzuan, Puan Yuhanis Ithnin dan En Ahmad Hamizan Mohd Khir telah mencanang misi menjadi johan pada tahun ini, setelah pada tahun lepas merangkul naib johan. Hampir semua pemain tahun lepas masih bersama dalam team pada tahun ini. Harapan yang tinggi menggunung melangkah masuk ke dalam gelanggang pertandingan dengan menentang SMK Convent. Semerah mendahului inning pertama 3-2 dan terus di hadapan apabila memperoleh 5 larian lagi. Convent mengejar rapat dengan mendapat 6 larian dalam perlawanan yang sengit. Ketika Convent mendahului 9-8 dan para pemain ingin memukul semula dalam inning ketiga tiba-tiba scorer memaklumkan kepada umpire masa sudah tamat. Umpire plate terkejut dan meminta pengesahan daripada pegawai pertandingan. Lalu umire tmengisytiharkan ‘time game”. Terkejut semua pegawai Semerah. Ada tidaknya, biasanya peringkat umur bawah 18 tahun, masa perlawanan ialah 1 jam 20 minit. Masa perlawanan 1 jam biasanya pada peringkat umur bawah 12 dan 15 tahun.
Bantahan lisan dikemukakan oleh En Hashim. Ini kerana pada 2 perlawanan awal, masa perlawanan ialah 1 jam 20 minit. Namun bantahan ditolak kerana umpire telah menandatangani score sheet. Apa lagi semua pegawai dan pemain terdiam, terkedu dan tidak mempercayai keadaan sedemikian. Pasukan sofbol Semerah percaya merka akan memenangi perlawanan tersebut kerana Convent tidaklah sekuat mana kerana hanya 3 orang pemainnya yang boleh memukul.
Oleh sebab hanya johan sahaja yang akan ke separuh akhir, maka perlawanan kedua antara Semerah menentang SM Voksional tidak memberikan apa-apa makna. Semerah menurunkan semua pemain simpanan tetapi masih boleh membelasah 9-1 ke atas SM Vokasional.
Dalam pada itu johan dimenangi oleh SMK Dato’ Sulaiman setelah menewaskan SMK Convent 13-12. Manakala SMK Dato’ Seth menduduki tempat ke-3 apabila mengejutkan johan tahun lepas SMK Tunku Mahmood Iskandar. Pingat disampaikan oleh Pn Rokiah Mahmud, Pengetua SMK Dato Seth. InsyaAllah Semerah akan bangkit pada tahun depan untuk menyelesaikan hutang misi yang belum dibereskan.
Spell my name correctly la wehhh!
ReplyDeleteOrait Madam...next year join again
ReplyDelete