29 August, 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


Bulan Ogos sinonim dengan Bulan Kemerdekaan.  Saban tahun kita menyambutnya untuk memperingati perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dan falsafah kemerdekaan serta peristiwa yang membawa kepada pembebasan negara daripada belenggu penjajahan. Kemuncak sambutan ialah pada tanggal 31 Ogos dan sambutan diteruskan sehingga Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 Sept
SMK Semerah tidak ketinggalan meraikan Bulan Kemerdekaan dengan kemuncak sambutan Hari Kebangsaan pada 30 Ogos 2012. Perhimpunan pagi diserikan dengan nyanyan lagu Malaysia Berjaya, Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang dan Tanggal 31. Bersemangat para pelajar dan guru sama-sama menyanyi 4 lagu serta turut sama mengibarkan bendera negara, Jalur Gemilang. Antara aktiviti lain seperti deklamasi sajak, kuiz dan lain-lain lagi. Tahniah semua. Kitalah generasi pasca kemerdekaan yang mesti mengekalkan kemerdekaan. Justeru  itu, marilah kita memeriahkan Bulan Kemerdekaan. Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Malaysia.




BENGKEL KECEDERAAN

Tunjukcara oleh penceramah
Pn Asha Hasnimy Mohd Hashim menyampaikan ceramah
Tarikh          : 29 Ogos 2012
Hari             : Rabu
Masa           : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat        : Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat.
Pensyarah   : Pn Asha Hasnimy bt Mohd Hashim, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.
Topik           :         1.       Asas Kecerderaan - pengenalan, jenis kecederaan sukan, keselamatan
                             2.       Konsep Bantuan Awal
                             3.       TOTAPS, RICE dan DRABC
                             4.       Praktikal 

13 August, 2012

SALAM MERDEKA RAYA

SALAM  LEBARAN  UNTUK  SEMUA  WARGA  SMK  SEMERAH.  SELAMAT PULANG ; HATI-HATI DI JALAN RAYA. SELAMAT HARI  RAYA  EIDUL  FITRI...MAAF  ZAHIR DAN BATIN



12 August, 2012

SYABAS DATUK LEE CHONG WEI DAN PANDELELA RINONG : JUMPA DI RIO 2016


Sukan Olimpik London 2012 melabuhkan tirainya dengan semangat sesukanan yang tinggi. Malaysia mencatat pencapaian cermerlang apabila merangkul 1 perak dan 1 gangsa ; mengekalkan pencapaian Olimpik Atlanta 1996. Pingat perak diperolehi oleh Datuk Lee Chong Wei menerusi acara badminton perseorangna dan gangsa dirangkul oleh Pandela Rinong menerusi acara terjunan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan pencapaian kedua-dua ahli sukan tersebut. Malah tidak ketinggalan juga ucapan syabas kepada atlet lain yang berusaha untuk mendapatkan pingat kepada negara ; kalau tidak pun mempamerkan aksi yang terbaik untuk negara.

02 August, 2012

MAJLIS INFAQ RAMADAN BERSAMA DATUK NORAINI AHMAD


Terima kasih Yang Berhormat Datuk Noraini Ahmad atas kesudian meraikan Majlis Infaq Ramadan pada 2 Ogos 2012 di SMK Semerah. Majlis yang bermula mulai 6.00 petang untuk memberi sumbangan iklas daripada Datuk Noraini Ahmad dan kutipan derma oleh warga sekolah bersempena kedatangan bulan Syawal.  Program  yang pertama kali dijalankan berobjektifkan memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak melupakan para pelajar yang miskin dan yatim.
Datuk Noraini juga berbuka puasa dan bersolat maghrib berjamaah bersama ibu bapa dan para pelajar. Selepas solat, jamuan diraikan dengan menu nasi bryani. Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan tarawih di surau.  Kira-kira 400 orang hadir pada majlis tersebut. 

01 August, 2012

TIPS RAMADAN : PENJAGAAN KESIHATAN AGAR TERUS CERGAS

Biasa pergi bazar Ramadan. Tentu anda lihat pelbagai sajian, minuman dan juadah. Selera jadi terbuka, apatah lagi selepas seharian berpuasa. Namun demikian, ini bukanlah  alasan untuk terus melupakan aspek penjagaan kesihatan melalui pengambilan makanan secara berdiet seimbang dan bersederhana serta berpada-pada.

Berikut elemen disiplin diet dan tips kesihatan sempena Ramadan al Mubarak agar kita sentiasa dan berterusan menjaga tahap kesihatan dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

 Makanlah secara sederhana
Jika membeli juadah, belilah ikut keperluan yang sederhana. Walaupun hanya menggunakan kaedah ‘tunjuk’, janganlah kita jadikan tiket ' membalas dendam' selepas seharian berlapar.