Biasa pergi bazar Ramadan. Tentu anda lihat pelbagai sajian, minuman dan juadah. Selera jadi terbuka, apatah lagi selepas seharian berpuasa. Namun demikian, ini bukanlah alasan untuk terus melupakan aspek penjagaan kesihatan melalui pengambilan makanan secara berdiet seimbang dan bersederhana serta berpada-pada.
Berikut elemen disiplin diet dan tips kesihatan sempena Ramadan al Mubarak agar kita sentiasa dan berterusan menjaga tahap kesihatan dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Makanlah secara sederhana
Jika membeli juadah, belilah ikut keperluan yang sederhana. Walaupun hanya menggunakan kaedah ‘tunjuk’, janganlah kita jadikan tiket ' membalas dendam' selepas seharian berlapar.
Kurangkan makanan berminyak dan kolesterol
Walapun pelbagai hidangan dan juadah ditawarkan di bazar Ramadan, kita mampu mengelak makan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolesterol tinggi.
Tidak salah menikmati juadah, tetapi ambillah dalam kuantiti sederhana.Amalkan pemakanan seimbang.
Sepanjang sebulan berpuasa, anda boleh rancang pemakanan dengan mengatur diet melalui juadah dinikmati setiap hari sama ada disediakan sendiri atau dibeli di luar. Sekiranya anda menikmati makanan berat seperti nasi daging atau nasi campur, seimbangkan dengan mengambil menu pemanis mulut seperti puding roti atau kuih-muih selepas itu.
Kurangkan minuman berkarbonat
Selain menjaga pemakanan, minuman manis juga perlu dikurangkan seperti minuman berkarbonat. Anda perlu bijak mengawal diri dengan banyakkan minum air kosong atau gantikan dengan jus buah-buahan, terutama pada waktu berbuka. Senang cerita tidak perlu minum lagi bagus.
Kurangkan gula
Walaupun pelbagai kuih-muih dihidang, anda boleh memilih menikmati kuih kurang manis. Makanan manis boleh diambil, tetapi pastikan ia dalam kuantiti sederhana. Jangan lupa buah kurma pada waktu buka dan sahur.
Makan buah-buahan
Memandangkan buah-buahan terdapat dalam pelbagai jenis rasa dan warna selain mudah didapati, tiada masalah sekiranya dijadikan pencuci mulut setiap hari selepas mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya. Boleh juga dibuat air minuman.
Makan sayur-sayuran
Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Ia dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah. Jadi, anda boleh memilih melebihkan sayuran dalam hidangan anda seperti banyakkan makan ulam-ulaman dan sebagainya.
Lakukan senaman
Walaupun letih berpuasa, senaman tetap dilakukan. Sekurang-kurangnya seminggu 3 kali dan setiap kali minima 30 minit. Aktiviti seperti bermain badminton, berjoging pada waktu petang secara perlahan-lahan boleh dilakukan. Jangan lakukan aktiviti lasak seperti bermain bola sepak, ragbi dan sebagainya. Jangan lupa solat tarawih juga senaman pada waktu malam.
No comments:
Post a Comment