15 January, 2013

KURSUS KECEMERLANGAN SUKAN DAN KOKURIKULUM TINGKATAN SATU


        Seawal minggu kedua, Unit Kokurikulum SMK Semerah memulakan langkah mencari bakat-bakat di kalangan para pelajar Tingkatan Satu dalam arena sukan permainan.  Kem Kokurikulum  ini diadakan pada 12 Januari dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.  Tiga elemen ditekankan pada kem ini iaitu olahraga, 4 jenis permainan dan kawad kaki. Empat jenis permainan dijalankan ialah bola sepak dan sepak takraw bagi pelajar lelaki manakala bola baling dan bola jaring untuk pelajar perempuan. 

Warming up pada awa pagi
Pencarian bakat untuk bola jaring
Sesi pertama ialah mini  larian merentas desa telah dikendalikan oleh En Azhar Abdul Ghafar dan En Aizat Azrizal Bujang.   Sesi kedua para pelajar didedahkan berkenaan 4 jenis permainan. Fasilitator untuk permainan bola sepak dikendalikan oleh En Mohd Hafiz Mohd Zaid dan dibantu oleh ahli Kelab Bola Sepak. En Hasbi Mohd Nor dan Tn Hj Yusof Sarmaet mengendalikan permainan sepak takraw.  Sementara itu, bagi permainan bola jaring, pendedahan permainan dikelolakan oleh Pn Saedah Jamal dan Pn Noor Suhaidah Sulaiman manakala Cik Nornida Sapuan dan En Hashim A. Ghani mengelolakan permainan bola baling.
Sesi ketiga ialah elemen kawad kaki yang dikendalikan oleh En Ismail Jais. Sesi ini dijalankan pada sesi petang setelah para pelajar makan tengah hari dan solat zuhur. Alhamdulilah kem ini tamat pada pukul 4.30 petang.  Terima kasih kepada semua AJK yang bertungkus lumus menguruskan Kem Kokurikulum yang julung-julung kali diadakan. Harapan agar objektif kem akan tercapai demi untuk meningkatkan prestasi kokurikulum dan sukan kepada sekolah Semerah. 

No comments:

Post a Comment