21 January, 2017

LAKSAMANA KEMBALI JUARAI MERENTAS DESA 2017


 Johan tahun lepas, rumah sukan Panglima kecundang apabila menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Merentas ang Desa SMK Semerah sebaliknya Laksamana yang menduduki tempat kedua pada tahun lepas, telah berjaya merampas semula takhta johan merentas pada tahun iniA.
          Pertandingan yang diadakan pada 18 Januari 2017 telah dilepaskan oleh En Sohari bin Rosland, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SMK Semerah pada pukul 9.30 pagi. Jarak larian pada tahun ini sejauh 5 km untuk perempuan dan 7 km untuk kategori lelaki.
          Penyampaian pingat kepada para pemenang disempurnakan oleh waki rasmi ADUN Semerah, En Muslim. Berikut adalah keputusan merentas desa pada tahun ini.
         
RUMAH SUKAN
LA
LB
PA
PB
JUM
KED
BENDAHARA
23
37
61
61
182

2
LAKSAMANA
29
55
73
63
220

1
NAKHODA
22
1
43
79
145

6
PANGLIMA
52
20
49
49
170

3
SYAHBANDAR
33
13
49
54
149

5
TEMENGGUNG
31
16
46
66
159

4


Aktiviti berikutnya ialah Sukantara yang akan diadakan selepas Cuti Hari Raya Cina.  Tahniah kepada para pemenang. Yang tidak memperoleh mata  boleh mencuba dalam Sukantara
          

No comments:

Post a Comment