Hajat SMK Semerah untuk mencipta
hatrik johan sofbol daerah Batu Pahat tersekat apabila hanya menduduki tempat
ketiga. Setelah dua tahun berturut-turut menjadi johan, kemaraan Semerah tersekat di separuh akhir apabila
tewas tipis 2-3 kepada SMK Yong Peng dalam perlawanan
yang mendebarkan.
Pasukan sofbol SMK Semerah diketuai oleh Tn Hj Hashim A. Ghani dan En Hilmi Hafiz serta Cik Hasralda Abu Hassn. Juga dibantu oleh
En Iddi Muhaimin, En Yaser Warif dan En Musa manakala lilitan kapten
pasukan diamanahkan kepada Nurul Amelia
Rasidin. Pertandingan ini telah dijalankan di SMK Tunku Putra pada 10 – 11 April untuk kategori
sekolah rendah, 12 – 13 April untuk kategori
perempuan 18 tahun dan 16 – 17 April bagi ketegori
lelaki 18 tahun.
Dalam pada itu, SMK Semerah memulakan langkah
berliku apabila menang 6-5 ke atas SMK Tunku
Mahmood Iskandar. Seterusnya membenam SMK Tun Aminah 11-6 dan membelasah SMK
Convent 11-3. Namun demikian,
kemaraan tersekat apabila tewas mengejut 2-3 pada peringkat separuh akhir. Kegagalan mara ke final begitu
mencetuskan suasana sugul dan sedih kepada semua pemain. Kesedihan ini ditebus apabila sekali lagi
menewaskan SMK Tun Aminah 11-0 untuk penentuan
tempat ke-3/4.
Johan sofbol
kategori perempuan dimenangi oleh SMK (P) Temenggung
Ibrahim, naib johan dirangkul oleh SMK Yong Peng, ketiga oleh SMK Semerah dan SMK Tun Aminah
menduduki tempat ke-4. Sementara itu, SMK Dato; Seth yang telah dua tahun johan
telah kecundang kepada 0-10 kepada SMK Dato’
Syed Esa dalam final kategori lelaki. Kolej Vokasional pula
menduduki tempat ketiga manakala SMK Munsyi Sulaiman mendapat tempat ke-4. Bagi
kategori sekolah rendah, Zon Semerah menjuarai kategori lelaki dan perempuan.
Tahniah kepada
kontijen sofbol SMK Semerah. Kekalahan bukan
bererti kegagalan. Ayuh bangkit. Tahun depan anda boleh juara semula !
No comments:
Post a Comment