23 August, 2017

AISYAH ADILA MEMBANGGAKAN TEAM SOFBOL JOHOR

         
 Aishah Adila menjadi wakil tunggal SMK Semerah yang mewakili negeri Johor Darul Takzim (JDT) ke Kejohanan Sofbol MSSM Tahun 2017 dari 6-11 Ogos 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Aisyah Adila menjadi pemain ketiga yang telah berjaya sampai ke peringkat kebangsaan.  Sebelum ini, Noor Amelia Rasidin dan Nurul Ashikin Shahrul pernah mewakili JDT dalam peringkat kebangsaan. Namun kedua-dua pemain tersebut tidak terpilih pada tahun ini.

          Setelah cemerlang membantu Batu Pahat ke peringkat negeri selama 3 tahun, akhirnya beliau terpilih pada tahun ini untuk mewakili JDT ke peringkat kebangsaan.
Team Sofbol Johor Darul Takzim : Aisyah Adila di depan sekali
Pasukan JDT telah berjaya masuk ke perlawanan akhir namun disekat oleh pasukan negeri Selangor dalam aksi perlawanan yang mendebarkan.
Dalam pada itu, pasukan JDT juga telah menjadi juara keseluruhan kerana memenangi 2 kategori iaitu lelaki bawah 18 tahun dan perempuan bawah 12 tahun manakala lelaki 12 tahun hanya menduduki tempat ke-4.
Semoga sinar dan bakat Aisyah Adila akan terus menyerlah dalam arena sofbol pada masa yang akan datang. Tahniah Aisyah Adila dan team JDT.

No comments:

Post a Comment