![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEik9BtuJb7xitpXE6ENiDKDpkrHjhcatjynnlsIqzZf7sUnkAM3Tpr4KOPak9YToXbNRCJxACcXvTB0cwkjp0NfHoKUeTJs-7lC4JLJ0hyphenhyphenVeHO_mmVCWbdVn6Sdis6lDBldyh1BO8HHWA/s320/Adila+2.jpg)
Kemenangan
Aisyah Adila ini adalah kejayaan
kedua beliau setelah membantu JDT merangkul naib johan semasa Kejohanan Sofbol MSSM pada bulan Mei
yang lepas. Pada tahun lepas, Aisyah Adila
tidak berkesempatan mewakili Johor namun tempatnya
disandang oleh rakannya, Nor Asyikin Shahrul yang membantu Johor menjadi naib johan
kategori bawah 16 tahun.
Dalam pada itu, pasukan
JDT C yang diwakili oleh
sebahagian besarnya daripada pemain-pemain Batu Pahat, Mersing dan Johor Bahru
memulakan langkah sumbang apabila tewas dengan Selangor 0-4. Namun mereka bangkit apabila membelasah Johor B 16-0. Kemudian
meneruskan amukan dengan membenam Pulau Pinang, MSS Selangor dan menumbangkan Pahang pada semi final.
Sementara
itu, dalam perlawanan final, JDT C telah menentang semula Selangor. Pada 3 inning awal, kedua-dua gagal memperoleh larian. Pada
inning ke-4, barulah kedua-dua pasukan menemui rentak namun Selangor mendahului 2-1 sehingga inning ke-6. Oleh itu,
pada inning terakhir, JDT C telah mengubah
taktikal lalu berjaya mendapat 2 larian seterusnya menamatkan perlawanan dengan
3-2 dalam perlawanan yang cukup dramatik.
![]() |
Aisyah Adila berdiri kanan di barisan belakang |
No comments:
Post a Comment