Johor Darul Takzim (JDT) rebah di pentas final Perempuan 18 Tahun buat kali ketiga kalinya dalam Kejohanan Sofbol MSSM. Kejohanan yang diadakan di Perlis pada 3-7 Julai 2019 ini menyaksikan JDT cuba untuk mengulangi pencapaian juara keseluruhan pada tahun 2017.
Dalam
edisi kali ini, 2 pemain dari SMK Semerah iaitu ikon sukan Aisyah Adila bt Sabiran
dan Nur Ashikin bt Sahrul telah mewakili team P18 JDT. Harimau
Selatan bermula garang apabila membenam Negeri Sembilan 4-0 dan membelasah Pulau Pinang 20-0. Seterusnya JDT beraksi di suku akhir dengan menumbangkan Kedah 13-0. Pada peringkat separuh akhir, JDT mengejutkan Perak 8-2 untuk mengulangi pertemuan final
tahun lepas menentang juara bertahan Selangor.
Dalam final P18, JDT tergamam dengan serangan mengejut
Selangor yang menyerang sejak bola pertama yang dipitch oleh Abdah Maira, pitcher utama Harimau Selatan. JDT yang tersentak apabila Perak mendahului 3-0 pada inning pertama, telah menyusun strategi pada inning berikut namun Selangor berjaya mengekang asakan bertali arus JDT. Kerakusan JDT yang terdesak untuk mendapatkan larian telah dihukum oleh Selangor apabila Selangor mencuri 1 larian pada setiap inning sehingga tamat masa yang berkesudahan 9-0 sekaligus memadamkan misi JDT untuk membalas dendam kecundang di tangan Selangor pada tahun lepas.
Sementara itu, team
P12 JDT juga ke final, namun rezeki masih
juga belum dikecapi oleh JDT apabila tewas dengan Perak 7-9. Perak memenangi kejuaraan sofbol MSSM pada tahun ini apabila memenangi kategori
P12 dan P18, manakala L18 Perak tewas kepada Pahang. JDT pula menduduki tempat ke-4
keseluruhan di belakang Selangor dan Pahang. Selangor yang menyerang sejak bola pertama yang dipitch oleh Abdah Maira, pitcher utama Harimau Selatan. JDT yang tersentak apabila Perak mendahului 3-0 pada inning pertama, telah menyusun strategi pada inning berikut namun Selangor berjaya mengekang asakan bertali arus JDT. Kerakusan JDT yang terdesak untuk mendapatkan larian telah dihukum oleh Selangor apabila Selangor mencuri 1 larian pada setiap inning sehingga tamat masa yang berkesudahan 9-0 sekaligus memadamkan misi JDT untuk membalas dendam kecundang di tangan Selangor pada tahun lepas.
Tahniah
tetap diucapkan kepada wakil Semerah, Nur Ashikin dan ketua pasukan JDT P18 iaitu Aisyah Adila. Ini adalah
penampilan terakhir Aisyah Adila setelah 3 tahun menyumbang keringat
tenaga bersama JDT. Syabas. Mungkin tahun depan juara milik Johor Darul Takzim !
No comments:
Post a Comment