Cuti persekolahan akan bermula 28 Mei 2011. Selamat bercuti kepada para pelajar dan guru-guru. Dalam cuti tentu ada program.
Yang balik kampung ; hati-hati memandu. Yang adakan kelas tambahan ; teruskan usaha. Yang menanda kertas jawapan ; jangan lupa naik cuti isi markah. Yang ikuti perkhemahan ; jaga keselamatan. Yang pergi makan angin ; eloklah juga, boleh kurangkan stress. Yang bersanding ; tahniah diucapkan. Yang dapat pindah ; semoga gembira di tempat baru. Yang bertanding ke MSSM ; marilah kita saksikan dan yang tidak pergi ke mana-mana ; SABARLAH !
Jangan lupa, selepas tamat cuti, bermulalah arena sukan olahraga iaitu Sukantara, Sukan Kecil dan Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah. Kita tunggu masanya !