15 May, 2011

KEJOHANAN SOFBOL MSS JOHOR 2011


Team Sofbol P18 Batu Pahat : Ketiga
 Pada 13-15 Mei 2011, empat permainan dipertandingkan pada peringkat negeri iaitu bola tampar di daerah Muar, badminton di Kluang, sofbol dan tenis di Segamat.
Sehubungan itu, seramai 4 orang pelajar SMK Semerah telah dipilih untuk mewakili daerah Batu Pahat ke Kejohanan Sofbol MSS Johor 2011. Mereka ialah Umu Haziqah bt Abu Bakar, Nor Ain Fazreen bt Mohtadin, Noramelina bt Ahmad Balya dan Nur Azreen Aida bt Roslan yang diiringi dan dilatih oleh En Hashim bin A. Ghani.
Sebagai finalist 2010, Batu Pahat menewaskan Johor Bahru 8-4 namun tewas mengejut kepada Kluang 2-4 tetapi bangkit membenam Ledang 10-0. Pada peringkat suku akhir menumbangkan Kota Tinggi 8-1 tetapi dikejutkan oleh Kulaijaya 0-13, kemudian bangkit membelasah Muar 17-1 untuk meraih tempat ke-3. Tahniah ! Anda meneruskan kecemerlangan Batu Pahat kerana dari tahun 2000  hingga kini tetap mengungguli 4 terbaik P18. Naib johan dirangkul oleh Kluang dan johan dimenangi oleh Kulaijaya.
Bagi kategori P12, Batu Pahat yang diwakili oleh 7 orang pemain dari SK Seri Utama, tewas 10-18  kepada Kulaijaya untuk merangkul naib johan. Pada tahun lepas, P12 menduduki tempat ke-4.  Menurut ‘mentorteam perempuan,  En Hashim A. Ghani, “Para pemain bermain di bawah keupayaan sebenar dan tidak berjaya menyerap tekanan perlawanan akhir”. Tambahnya, “Mereka pernah menewaskan pasukan lawan pada peringkat kumpulan 10-8 dan ini menyebabkan mereka agak over confident”. Sementara itu, pasukan L12 dan L18 pulang hampa kerana masih tidak berjaya mengungguli empat terbaik.
P12 dan P18 Batu Pahat
Daerah Kulaijaya merangkul juara 3 kategori iaitu johan L12, P12 dan P18 manakala L18 dimenangi oleh Kluang. Pingat dan sijil disampaikan oleh Tuan Pengawai Pelajaran Daerah Segamat. Tahniah kepada para pemenang.  Teruskan berlatih. Anda semua hebat!

No comments:

Post a Comment