1. Kemenangan dan kejayaan pasukan kita bukan kerana kelemahan pasukan lawan tetapi kita memang KUAT dan kita selayaknya MENANG. ANDALAH JUARA YANG BERGAYA !
2. Kekalahan kita bukan kerana kelemahan pasukan kita tetapi nasib yang tidak menyebelahi pihak kita. Seandainya kita diberikan sedikit masa lagi, pasti kemenangan di pihak kita. Namun demikian saya bangga kerana anda berlawan dengan semangat membara, kental dan bermain bermati-matian tanpa putus asa. Di mata saya, ANDALAH JUARA !
3. Semua orang inginkan kejayaan tetapi tidak ramai yang memikirkan bagaimana untuk merealisasikan kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek, usaha yang setimpal pasti akan mencetuskan kejayaan. ANDA BOLEH !
4. Anda dapat lihat ada sinar cahaya pada hujung terowong sana. Kejarlah pasti anda akan menjumpainya. Anda dapat lihat piala di atas pentas sana. BERMAINLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH, PASTI ANDA AKAN MENJULANGNYA !
5. Johan bukan bererti mereka kuat. Tewas bukan bererti kita lemah. Kita tewas kerana strategi yang salah. Mereka menang kerana strategi yang tepat. Namun demikian, ANDA TETAP HEBAT !
6. Adat permainan, ada yang menang dan ada yang kecundang. Yang menang diucapkan tahniah ; yang kalah cuba lagi tahun depan. KITA KENA TERIMA HAKIKAT !
7. Kalau semua mahu menang, siapa yang akan tewas !
8. Kepada team perempuan, bakarlah dengan kata-kata, “Main jangan macam perempuan”. Kepada team lelaki, semarakkan dengan ayat, “Main macam lelaki. Main secara keras tetapi bukan ganas”.
No comments:
Post a Comment