Harimau membaham Garuda. Itulah perumpamaan paling tepat ; Malaysia menumbangkan Indonesia 4-3 dalam penentuan dalam perlawanan akhir bola sepak yang ditentukan oleh sepakan penalti setelah terikat 1-1. Sukan SEA 2011 sekali lagi melakar sejarah dalam arena bola sepak apabila mengekalkan pingat emas bola sepak setelah memenanginya pada edisi Sukan SEA 2009 di Laos. Dengan tiada kekalahan dalam setiap perlawanan, skuad Ong Kim Swee memang berhak merangkul emas dan melenyapkan sorakan peminat fanatik di Stadium Gelora Bung Karno.
Malaysia yang ketinggalan 0-1 setelah tandukan Gunawan mengegar jaring, tidak mematahkan semangat djuang pemain negara dengan menyamakan kedudukan 1-1 apabila Asraruddin menanduk rendah hantaran Badrul Bakhtiar. Separuh masa kedua menyaksikan kebuntuan jaringan oleh kedua-dua pasukan memaksa tambahan masa. Namun kedua-dua musuh tradisi ini masih gagal menghasilkan gol. Penentuan sepakan penalti yang mendebarkan ribuan penyokong tuan rumah menyaksikan kecekapan Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan terakhir. Lantas kapten negara, Badrul Bahtiar menyempurnakan sepakan emas dan melenyapkan sorakan fanatik penyokong Garuda.
Juara Piala Suzuki 2010 |
Inilah kemenangan paling bermakna. Sungguhpun Indonesia bakal dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan SEA 2011 namun mereka pasti tidak bergembira kerana tidak mampu merangkul “ibu segala pingat”. Kemenangan ini membuktikan Malaysia adalah jaguhan bola sepak di rantau Asean setelah tahun lepas menjuarai Piala Suzuki AFF yang juga membenam Indonesia di stadium yang sama. Kekalahan Indonesia ini meranapkan usaha mereka setelah 20 tahun tidak melihat keliauan emas bola sepak. Sementara itu, pingat gangsa dimenangi oleh Mynmar yang menewaskan Vietnam 4-1. Setelah tamat perlawanan akhir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam twitternya mengucapkan tahniah kepada team bola sepak negara atas kemenangan emas tersebut.
Justeru itu, Unit Sukan SMK Semerah mengucapkan tahniah kepada semua pemain dan team bola sepak negara atas kemenangan tersebut. Kita telah membuktikan bahawa Malaysia adalah kuasa baru dalam bola sepak Asia Tenggara. Teruskan Malaysia ; Malaysia Boleh !
No comments:
Post a Comment