11 November, 2011

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM TAHUN 2001

             Anugerah Kokurikulum adalah penghargaan kepada para pelajar yang telah menyumbangkan khidmat bakti, keringat dan usaha menaikkan nama sekolah dalam persada kokurikulum.  Sumbangan para peserta yang mewakili sekolah akan dikenang sampai bila-bila. Bukan mudah untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri apatah lagi peringkat kebangsaan. Hanya mereka yang berupaya bersaing pada tahap tinggi sahaja akan berjaya.
            Justeru itu, pada Khamis, 10 November 2011, Unit Kokurikulum SMK Sekolah berbesar hati untuk menganugerahkan bebarapa anugerah kepada para pelajar yang mengharumkan sekolah, mewakili sekolah dan membantu pihak-pihak lain dalam menaikkan nama daerah dan negeri. Malah penglibatan pelajar dalam pengurusan kelab dan persatuan juga diiktiraf. Tanpa pengurusan dan pentadbiran yang baik, adalah mustahil perjalanan kelab dan persatuan akan berjalan lancar. Bukan semua orang mampu menjadi pemimpin dan pengurus kepada sesebuah organisasi. Ketrampilan pelajar akan terserlah apabila pelajar mampu memimpin dan mengurus sesebuah organisasi.
            Berikut  adalah anugerah yang diberikan sempena Hari Anugerah Kokurikulum SMK Semerah Tahun 2011 :
           
1.    PELAJAR TERBAIK KOKURIKULUM LELAKI PENDIDIKAN KHAS               :           RIZUWAN BIN ABDULLAH
2.    PELAJAR TERBAIK KOKURIKULUM PEREMPUAN PENDIDIKAN KHAS     :           NURSALINA BT SAPTU

3.    BADAN UNIFORM PALING LENGKAP                                                          :           PUTERI ISLAM (PPIM)
4.    PERSATUAN KO-AKADEMIK PALING AKTIF                                               :            PERS. PENDIDIKAN ISLAM
5.    KELAB PALING AKTIF                                                                                       :           KELAB  PELAYANG
6.    BADAN UNIFORM PAING AKTIF                                                                   :           KADET  REMAJA  SEKOLAH (KRS)
7.    KELAB SUKAN PALING AKTIF                                                                         :           KELAB SEPAK TAKRAW

8.    PELAJAR PALING AKTIF KATEGORI PERSATUAN                                       :           MOHD RIDZUWAN BIN HASHIM
9.    PELAJAR PALING AKTIF KATEGORI KELAB                                                 :           SITI AISYAH BT AHMAD
10. PELAJAR PALING AKTIF KATEGORI BADAN UNIFORM                            :           NURHAZLINDA BT SHAMAIN
11. PELAJAR PALING AKTIF KATEGORI KELAB SUKAN PERMAINAN          :           MOHD SHAFIQ BIN SELAMAT

12. TOKOH SUKAN HARAPAN LELAKI                                                                :           WAN  MUHAMAD
13. TOKOH  SUKAN  HARAPAN  PEREMPUAN                                                  :           NOR HAFIZAH BT ZAKARIA
14. TOKOH SUKAN LELAKI                                                                                     :           MOHD SAID BIN MOHD SANI
15. TOKOH SUKAN PEREMPUAN                                                                          :           NOR HIDAYAH BT ABD HAMID

16. ANUGERAH KHAS SUKAN – LELAKI                                                              :           MD  HAZZIQ ASSYAKIRIN
17. ANUGERAH KHAS SUKAN – PEREMPUAN                                                   :           UMMU NURHAZIQAH BT ABU BAKAR

18. PELAJAR TERBAIK  KOKURIKULUM (LELAKI)                                                :           AHMAD  SYAFIK  BIN  SAPARY
19. PELAJAR TERBAIK KOKURIKULUM (PEREMPUAN)                                      :           NURUL IDAYU BT BUANG

            Tahniah kepada para pelajar yang menerima anugerah kokurikulum pada tahun ini. Kepada para pelajar yanglain, jadikan semangat dan usaha mereka sebagai titik tolak untuk terus menyumbangkan khidmat bakti kepada sekolah. Mereka telah memberikan sumbangan kepada sekolah, anda bila lagi? Jangan kita tanya sumbangan sekolah kepada kita ; tanyakahlah apakah sumbangan kita kepada pihak sekolah.
Nur Hafizah bt Zakaria
Ummu Nurhidayah bt Abu Bakar
            Sementara itu, kejayaan adik beradik Md Hazziq Assyakirin dan Ummu Nurhaziqah bt Abu Bakar adalah suatu rekod sekolah (belum ada satu keluarga yang memenangi anugerah utama). Mereka kerap mewakili sekolah dalam pelbagai sukan permainan. Bola sepak, hoki dan bola baling adalah antara permainan yang kerap diwakili oleh Md Hazziq Assyakirin pada setiap tahun. Keaktifannya berupaya membawa kejayaan kepada team hoki menjadi naib johan dan seterusnya mewakili Batu Pahat ke peringkat MSSJ.  Selain itu, beliau membantu team sekolah merangkul johan untuk permainan bola baling.  Adiknya, Ummu Nurhaziqah pula memang sinonim dengan permainan sofbol sejak Tingkatan 1 lagi dan membantu team sofbol sekolah menjadi naib johan Batu Pahat pada tahun ini. Malah sejak Tingkatan 2 lagi telah mewakili Batu Pahat dalam permainan sofbol dengan merangkul tempat ke-3 pada tahun 2011 dan naib johan pada tahun lepas. Bukan itu sahaja, keringatnya ditagih juga bagi permainan hoki, bola jaring dan bola baling.
            Dalam pada itu, kejayaan Ahmad Syafik bin Sapary dalam penyertaannya telah menobatkannya sebagai calon yang paling layak memenangi Tokoh Kokurikulum Lelaki SMK Semerah bagi tahun ini. Kepimpinannya terserlah dengan memegang pengerusi Kelab Bola Sepak yang mengelolakan Liga Bola Sepak Semerah (SPL) di samping aktif dalam badan uniform Pengakap. Pernah menyertai Jambori On-Air Asia Pasifik Kelibatnya pasti ada pada setiap tahun dalam kontijen olahraga Semerah ke peringkat daerah. Beliau sering membantu Unit Sukan  dalam  hal pengurusan padang. Selain itu, beliau membantu pasukan kriket dan hoki menjadi naib johan daerah Batu Pahat serta mewakili Batu Pahat dalam permainan kriket. Malah sumbangan pentingnya membolehkan Semerah mendapat johan bola baling bawah 18 tahun seterusnya membantu negeri Johor merangkul naib johan bola baling MSSM.
Nurul Idayu bt Buang
            Bagi anugerah Tokoh Kokurikulum Perempuan SMK Semerah, ianya sekali lagi dibolot oleh Nurul Idayu. Kejayaannya menjuarai catur bawah 18 tahun daerah seterusnya mewakili Batu Pahat ke peringkat negeri telah menjadi pemangkin untuk panel pemilihan memilihnya sekali lagi, ditambah pula beliau aktif dalam aktiviti Persatuan Pergerakan  Puteri Islam Malaysia (PPIM). Sebagai Pengerusi PPIM dan komander perbarisan PPIM, ketokohannya memang tidak dapat dinafikan dalam mengurus organisasi dan kontijen perbarisan PPIM. Disiplin dan keperibadian Nurul Idayu amat disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan.
            Semoga kejayaan dan sumbangan tokoh-tokoh sukan dan kokurikulum di atas akan menyemarakkan iltizam dan jati diri kepada para pelajar lain agar terus memberi sumbangan dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum. Percayalah kejayaan tidak akan datang bergolek ; kejayaan memerlukan pengorbanan. Perayalah,  aktiviti kokurikulum adalah pelengkap pembinaan insan agar manusia yang akan dilahirkan adalah insan yang memiliki kualiti dalam aspek jasmani, rohani dan sahsiah manakala kurikulum pula melahirkan insan berintelek. Jadi kokurikulum dan kurikulum tidak boleh dipisahkan sama sekali ; dan ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek).

No comments:

Post a Comment