Laksamana : Johan KOT Kali Ke-39 |
Rumah Laksamana mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut dalam Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) SMK Semerah Kali Ke-39 pada tahun ini. Mendahului sejak awal lagi dalam Sukan Kecil dan terus meninggalkan rumah-rumah lain pada hari sukan sekolah (KOT).
R U M AH | PINGAT | JUMLAH | KEDUDUKAN | ||
S U K A N | EMAS | PERAK | GANGSA | MATA | |
LAKSAMANA | 259 | JOHAN | |||
NAKHODA | 215 | NAIB JOHAN | |||
SYAHBANDAR | 185 | KETIGA | |||
PANGLIMA | 175 | KE-4 | |||
BENDAHARA | 142 | KE-5 | |||
TEMENGGUNG | 104 | KE-6 |
Kejohanan ini dirasmikan oleh En Razali Ahmad GPK SMK Semerah dan penutupan oleh En Zainuddin Basiran, GPK HEM. Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada para pegawai yang bertugas. Majulah Sukan Untuk Negara.
Khemah rumah Laksamana menjadi johan pada tahun pertama kategori ini dipertandingkan. Hiasan nampak menyerlah berbanding khemah rumah sukan yang lain. Hiasan diadun reka oleh Cik Hasralda Abu Hassan sebagai kareografi utama. Tahniah.
Pada tahun ini, Ibrahim bin Hamid telah dipilih untuk mengetuai perbarisan kontijen untuk temasya olahraga ini. Beliau adalah pemenang olahragawan pada tahun lepas dan sejak dari Tingkatan 1 mewakili sekolah dan daerah dalam arena olahraga. Lafaz ikrar kejohanan diiringi oleh wakil setiap rumah sukan.
No comments:
Post a Comment