Berikut adalah pungutan mata setiap rumah setelah selesai Sukan Kecil pada 2 & 3 Julai 2012.
RUMAH SUKAN | MATA |
LAKSAMANA | 129 |
NAKHODA | 122 |
SYAHBANDAR | 117 |
PANGLIMA | 113 |
TEMENGGUNG | 87 |
BENDAHARA | 80 |
Masih terlalu awal untuk meramalkan siapakan juara KOT pada tahun ini. Beberapa acara utama akan diadakan pada hari kejohanan. Tiga rumah iaitu Nakhoda, Syahbandar dan Panglima bersaing hebat untuk memecahkan tradisi johan bertahan oleh Laksamana.
Namun demikian Temenggung dan Bendahara akan menjadi duri dalam daging kerana mereka juga tidak ingin menduduki carta dua terakhir. Nampaknya Laksamana tidak boleh menabik dada kerana perbezaan mata antara rumah amat kecil. Penentuan juara biasanya dalam acara-acara relay pada hari kejohanan.
Laksamana : Juara KOT pada tahun lepas 2011 |
Acara 800 meter akan diadakan selepas raptai pada 10 Julai 2012. Antara acara utama pada hari kejohanan ialah 100 meter, 400 meter dan 4 X 100 meter. Tahun ini ada pertandingan hiasan khemah. Moga para pelajar dapat menghias khemah rumah sukan masing-masing. Selamat bersukan.
No comments:
Post a Comment