25 September, 2012

GELANGGANG FUTSAL SEMERAH SUDAH BOLEH DIGUNAKAN

Guru-guru SMK Semerah sedang bermain futsal pada sesi malam

               Gelanggang futsal SMK Semerah telah siap sepenuhnya dan para pelajar dan masyarakat setempat boleh menggunakan prasarana tersebut mulai 24 September 2012.   Sesi pagi, gelanggang akan digunakan untuk pengajaran PJK. Pada sebelah petang, gelanggang futsal boleh digunakan  secara percuma kepada orang awam. Tempahan  penggunaan boleh dibuat kepada En Sohari bin Rosland (hp:012980891) dan Cikgu Mohd Hafiz bin Mohd Zaid  (hp:0129517847). Bayaran RM20 dikenakan setiap sejam penggunaaan     Pihak sekolah mengharapkan para pengguna gelanggang futsal akan menjaga infrastruktur tersebut sebaik mungkin. Adalah diharapkan arena bola sepak akan kembali gemilang pada tahun-tahun akan datang.                                                                                                             

23 September, 2012

LARIAN EKSPLORASI RIMBA HUTAN LIPUR SOGA

Para peserta Larian  Eksplorasi Rimba : Dari kiri atas, Mohd Solihin Husain dan Ibrahim Hamid. Dari kiri bawah, Nurhafizah Zakaria dan Nabilah Ishak.

          Seramai 4 orang pelajar telah mewakili SMK Semerah dalam Pertandingan Eksplorasi Rimba yang dijalankan di sekitar Hutan Lipur Taman Soga pada 22 September 2012.  Para peserta  diiringi oleh En Hashim A. Ghani dan En Abdul Azhar Ghafar. Inilah julung kalinya JKD PJK melaksanakan program penerokaan alam sekitar melalui gerak kerja luar bilik darjah.
          Antara acara yang dipertandingkan semasa larian dijalankan ialah menimbang bola takraw pada stesen 1, kuiz minda pada stesen 2, memanjat tali pada stesen 3 dan rawatan kecemasan pada stesen 4.  Namun para peserta SMK Semerah hanya mendapat tempat ke-12. Apa pun tahniah kepada mereka kerana berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan. Penyampaian hadiah dan penutupan dilakukan oleh Tn Hj Abu Bakar Sidek, Pengetua SMK Dato' Bentara Luar.
          InsyaAllah,kita akan cuba pada pertandingan akan datang.

21 September, 2012

SITI IZANI DAN FAZIRA : JOHAN BOLA JARING KEBANGSAAN

Siti Izani dan Fazira

Dua orang pelajar Pendidikan Khas SMK Semerah, Siti Izani bt Misran dan Fazira bt Abdul Rahim telah mewakili negeri Johor ke Kejohanan Sukan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan. Kejohanan yang diadakan di Terenggganu pada 13 – 16 September 2012  melakar sejarah apabila negeri Johor menjadi johan bagi permainan bola jaring.  Kedua-dua pelajar SMK Semerah tersebut menjadi antara tunggak team bola jaring negeri Johor.  Malah Siti Izani yang bermain sebagai GS telah ditabalkan Pemain Terbaik buat kali kedua berturut-turut.
          Kejayaan mereka ini mencetuskan perangsang kepada para pelajar SMK Semerah agar terus memberi sumbangan berharga kepada sekolah, daerah dan negeri serta tamparan kepada para pelajar bukan Pendidikan Khas untuk mencipta kejayaan dalam arena sukan.

19 September, 2012

SEMERAH RANGKUL TEMPAT KETIGA OLAHRAGA 1 MURID 1 SUKAN


Skuad olahraga yang disertai oleh 12 orang peseta
Kontijen SMK Semerah berjaya menggondol tempat ketiga dalam Pertandingan Padang dan Balapan Piala Menteri Pelajaran Daerah Batu Pahat. Pertandingan yang diadakan di padang SMK Datuk Syed Esa pada 19 September 2012 ini diwakili oleh para pelajar yang tidak pernah mewakili sekolah dalam sebarang acara olahraga dengan kategori umur bawah 16 tahun. Pertandingan ini sebagai menyahut konsep 1 Murid 1 Sukan. Semerah menghantar para peserta berumur 13 tahun.
Semerah diwakili oleh 6 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan. Pasukan ini  dengan diketuai dan dibimbing oleh  En Azhar Ghafar, En Hashim A. Ghani, Cik Nornida Sapuan dan Cik Nurulhuda Mohd Hattar. Menurut En Ismail Jais, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Semerah, kejayaan merangkul tempat ketiga kategori perempuan dan ke-10 bagi kategori lelaki akan menjadi perangsang kepada skuad olahraga pada tahun hadapan.  Johan kategori lelaki dimenangi oleh SMK Datuk Syed Esa manakala SMK Datuk Sulaiman pula mengungguli kategori perempuan.
           Semoga pencapaian olahraga Semerah akan gemilang pada tahun depan. Kita nantikan era kecemerlangan Semerah.

LATIHAN PRA PIALA WARISAN : BOLA SEPAK BERMULA AWAL

Nampaknya team bola sepak pada tahun ini melakar sejarah apabila telah mula berlatih sejak dari awal-awal lagi.  Hari ini,  perlawanan persahabatan antara team Piala Warisan Tingkatan 1 dengan team Tingkatan 2. Team Tingkatan Dua membelasah 5-3 ke atas skuad kendalian En Abdul Halim. Selain En Abdul Halim, team ini dibantu oleh En Mohd Hafiz sebagai penolong jurulatih dan En Aizat Azrizal sebagai jurulatih kecergasan. 
Persiapan awal ini untuk memastikan Semerah akan menjadi johan dalam permainan bola sepak setelah mempamerkan prestasi teruk pada tahun lepas. Mari kita doakan kejayaan kepada team bola sepak Semerah.
En Abdul Halim sedang menyusun strategi dan motivasi semasa waktu rehat

Para pemain sedang tekun mendengar arahan untuk separuh masa kedua pula

18 September, 2012

KURSUS PJPK BAGI GURU-GURU : KRIKET & LOMPAT JAUH


          SMK Semerah mengalu-alukan kedatangan para guru daerah Batu Pahat dalam satu program JKD PJPK iaitu Kursus Pengajaran PJPK untuk permainan kriket dan lompat jauh. Permainan kriket terdapat dalam sukatan pelajaran PJPK Tingkatan 5 dan acara lompat jauh untuk Tingkatan 4.
Guru-guru PJPK daerah Batu Pahat ini dibimbing oleh En Yusri (Pengerusi Teknik Kriket Negeri Johor) dan En Zaidi Harun (Pengerusi Teknik Kriket Batu Pahat) bagi permainan kriket manakala bagi acara lompat jauh dikendalikan oleh En Rashid (Jurulatih Utama Sukan Berprestasi Tinggi) dan En Ngawai Amzah (Ketua Jurulatih Olahraga Batu Pahat).
Majlis penutupan dilakukan oleh En Razali Ahmad, Guru Penolong Kanan AKademik dan Pentadbiran. Terima kasih kepada semua guru PJPK daerah Batu Pahat yang menamatkan kursus dengan jayanya.

15 September, 2012

GANJARAN KECEMERLANGAN SUKAN : PERANGSANG KEJAYAAN BERTERUSAN

Hasninin Sanawi


Pasangan Razif - Jalani Sidek
            Kejayaan atlit sukan semakin dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara. Kini kerjaya sukan boleh menjadi sumber pendapatan lumayan kepada ahli-ahli sukan khususnya ahli sukan yang professional. Kerajaan menyediakan insentif ganjaran  kepada ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara pada peringkat dunia. Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) diberikan kepada atlit sukan yang mendapat pingat emas sebanyak 1 juta, perak 300 ribu dan gangsa 200 ribu. Malah mereka akan diberikan pencen sepanjang hayat sebanyak RM5,000 (emas), RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa). Wang pencen ini diberikan bukan semasa umur pencen tetapi mulai atlit memperolehi pingat tersebut.
          Sehingga kini insentif Shakam dikecapi oleh Razif Sidek, Jalani Sidek, Rashid Sidek, Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock dan Datuk Lee Chong Wei bagi permainan bola sepak. Terbaru ialah Pandelala Rnong bagi acara terjunan. Sementara itu, kejayaan atlit paralimpik Muhamd Ziyad Zolkefli yang menang gangsa dalam acara lontar peluru dan Hashinin Sanawi memperolehi pingat perak dalam acara memanah akan mendapat insentif Shakam tanpa ganjaran pencen.
          Sebenarnya ada beberapa atlit paralimpik yang telah berjaya memperoleh pingat dalam sukan paralimpik.

06 September, 2012

SYABAS SUKAN PENDIDIKAN KHAS

Nurfazirah dan Siti Izani merangkul johan bola jaring

            Arena sukan Semerah digegarkan dengan kejayaan para pelajar Pendidikan Khas dalam beberapa kategori pendidikan khas pada peringkat negeri Johor.  Seramai 4 orang pelajar Pendidikan Khas telah mewakili daerah Batu Pahat dan mereka berjaya merangkul 4 emas dan 1 perak serta johan dalam permainan bola jarring.
          Dalam Pertandingan Bola Jaring 3 X 3 yang diadakan pada 3-4 September di Kota Tinggi, Siti Izani bt Misran, Norfazirah bt Rahim dan Nuramirah bt Nurhashim telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut.  Inilah kejayaan kedua team tersebut setelah mengungguli permaian  tersebut pada peringkat  daerah Batu Pahat.
Dari kiri Siti Izani dan Nuramirah. 
          Kejayaan itu mencetuskan semangat baru apabila Siti Izani dan Nurfazirah  berjaya merangkul pingat emas dalam acara 4X100 meter dalam Kejohanan Olahraga Olimpik Khas yang diadakan di Stadium Larkin pada 5 September 2012 yang lepas. Kejayaan ini dikuti oleh Mohd Faizul Bt Baharuddin yang memperoleh pingat emas juga dalam acara 4X100 meter. Lebih manis lagi emas ketiga diperolehi Nuramirah dalam acara 100 meter.  Malah Mohd Faizul dan Nuramirah juga masing-masing merangkul pingat perak dan emas bagi acara lompat berdiri.
          Kejayaan ini menjadi bukti bahawa para pelajar pendidikan khas juga boleh cemerlang dalam arena sukan dan permainan. Kejayaan merangkul 4 emas dan 1 perak memang boleh dibanggakan oleh warga SMK Semerah. Tahniah kepada para pelajar tersebut.  Merekalah wira sekolah yang perlu didendangkan !


04 September, 2012

KEPENTINGAN AKTIVITI WARMING UP DAN COOLING DOWN


Warming-up (memanaskan badan) dan cooling down (menyejukkan badan) merupakan kompenen utama dalam latihan. Ringkasnya warming up dilakukan sebelum latihan (pralatihan) dan cooling down dijalankan selepas tamat latihan (pascalatihan). Selepas otot sudah panas bolehlah dijalankan regangan (stretching). Apakah kepentingannya? Berikut adalah serba sedikit kepentingan warming up dan cooling down.

1.                 AKTIVITI MEMANASKAN BADAN (WARMING UP)
                                                              i..      Meningkatkan suhu badan dan otot.
                                                            ii.      Mengurangkan ketegangan otot
                                                          iii.      Meningkatkan intensiti pergerakan
                                                         iv.      Membolehkan jantung, paru-paru dan saluran darah menyesuaikan diri terhadap peningkatan kadar kerja mereka
                                                           v.      Otot menerima darah yang mencukupi
                                                         vi.      Risiko kecederaan kurang
                                                       vii.      Latihan pergerakan sebelum lakuan sebenar
                                                     viii.      Dari segi fisiologi