06 September, 2012

SYABAS SUKAN PENDIDIKAN KHAS

Nurfazirah dan Siti Izani merangkul johan bola jaring

            Arena sukan Semerah digegarkan dengan kejayaan para pelajar Pendidikan Khas dalam beberapa kategori pendidikan khas pada peringkat negeri Johor.  Seramai 4 orang pelajar Pendidikan Khas telah mewakili daerah Batu Pahat dan mereka berjaya merangkul 4 emas dan 1 perak serta johan dalam permainan bola jarring.
          Dalam Pertandingan Bola Jaring 3 X 3 yang diadakan pada 3-4 September di Kota Tinggi, Siti Izani bt Misran, Norfazirah bt Rahim dan Nuramirah bt Nurhashim telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut.  Inilah kejayaan kedua team tersebut setelah mengungguli permaian  tersebut pada peringkat  daerah Batu Pahat.
Dari kiri Siti Izani dan Nuramirah. 
          Kejayaan itu mencetuskan semangat baru apabila Siti Izani dan Nurfazirah  berjaya merangkul pingat emas dalam acara 4X100 meter dalam Kejohanan Olahraga Olimpik Khas yang diadakan di Stadium Larkin pada 5 September 2012 yang lepas. Kejayaan ini dikuti oleh Mohd Faizul Bt Baharuddin yang memperoleh pingat emas juga dalam acara 4X100 meter. Lebih manis lagi emas ketiga diperolehi Nuramirah dalam acara 100 meter.  Malah Mohd Faizul dan Nuramirah juga masing-masing merangkul pingat perak dan emas bagi acara lompat berdiri.
          Kejayaan ini menjadi bukti bahawa para pelajar pendidikan khas juga boleh cemerlang dalam arena sukan dan permainan. Kejayaan merangkul 4 emas dan 1 perak memang boleh dibanggakan oleh warga SMK Semerah. Tahniah kepada para pelajar tersebut.  Merekalah wira sekolah yang perlu didendangkan !


No comments:

Post a Comment