Siti Izani dan Fazira |
Dua orang pelajar Pendidikan Khas SMK Semerah, Siti Izani bt
Misran dan Fazira bt Abdul Rahim
telah mewakili negeri Johor ke Kejohanan Sukan
Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan.
Kejohanan yang diadakan di Terenggganu pada 13 – 16 September 2012 melakar sejarah apabila negeri Johor menjadi johan bagi permainan bola jaring. Kedua-dua pelajar SMK Semerah
tersebut menjadi antara tunggak team bola jaring negeri Johor. Malah Siti Izani yang bermain sebagai GS telah ditabalkan Pemain Terbaik
buat kali kedua berturut-turut.
Kejayaan mereka ini mencetuskan perangsang
kepada para pelajar SMK Semerah agar terus memberi
sumbangan berharga kepada sekolah, daerah dan negeri serta tamparan kepada para
pelajar bukan Pendidikan Khas untuk mencipta
kejayaan dalam arena sukan.
No comments:
Post a Comment