09 August, 2018

SEMERAH RANGKUL NAIB JOHAN : BELUM MAMPU DI PERSADA JUARA

Team Bola Baling

Pasukan bola jaring guru : Tempat ke-3
Pasukan Futsal Guru : Naib Johan



                   Dengan misi menjulang kejuaraan di tempat sendiri, SMK Semerah melakukan latihan intensif selama sebulan sejak cuti pertengahan tahun untuk merealisasikan juara keseluruhan buat kali pertama. Kejohanan yang berlangsung pada 28 Julai 2018 di SMK Semerah ini mempertaruhkan 4 piala iaitu Piala Warisan untuk permainan bola sepak, Piala Sepedoman untuk sepak takraw, Piala Wawasan untuk permainan bola jaring dan Piala Semerah untuk bola baling. Manakala Piala Maresma dikhususkan untuk pertandingan antara guru-guru iaitu futsal untuk guru-guru lelaki dan acara bola jarring 3x3 untuk guru-guru perempuan.
          Dalam pada itu,
kontijen SMK Semerah diketuai oleh En Kamaruddin dan disertai oleh En Hafiz dan En Abdul Halim bagi pasukan bola sepak, Tn Hj Abu Bakar dan Tn Hj Hashim yang mengetuai pasukan bola baling, Pn Wahidah dan Pn Norsaedah yang melatih pasukan bola jaring dan En Hasbi dan En Razif menggalas pasukan sepak takraw telah berazam untuk melakar sejarah menjulang kejuaraan di tempat sendiri. Namun kekentalan pasukan sekolah lain merencatkan keazaman tersebut tetapi SMK Semerah masih boleh berbangga apabila merangkul naib johan keseluruhan pada kejohanan kali ini.
Team Bola Jaring : Naib Johan
          Majlis penutupan disempurnakan oleh Tn Hj Shidan bin Ramli, Pengetua SMK Semerah. Johan keseluruhan pada tahun ini dirangkul oleh SMK Dato’ Onn yang telah menjuarai 4 piala. Jumpa lagi pada tahun 2019 di SMK Dato’  Onn.
          Berikut adalah keputusan penuh dalam kejohanan tersebut.
          






No comments:

Post a Comment