Team taekwando SMK Semerah telah berjaya merealisasikan Key Performance Indeks (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah apabila 3 orang wakil sekolah telah menyertai pertandingan pada peringkat antarabangsa.
Pasukan taekwando SMK Semerah diwakili oleh Auni Natasya bt
Azmi, Muhd Azfar bin Azmi dan Muhamad Fikri telah
menyertai Kejuaraan Taekwando Terbuka
Hypermax pada 28-30 September di Stadium Tertutup Serdang, Selangor. Wakil Semerah, Muhammad Fikri telah merangkul pingat perak manakala Auni Natasya menggondol pingat gangsa. Tahniah kepada mereka.
Kejayaan
taekwando diikuti oleh Aisyah Adila bt Sabiran yang sekali lagi mencipta nama
apabila telah mewakili Johor ke Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan di Polimas,
Kedah pada 5-8
Oktober 2018. Pasukan yang diwakili oleh Aisyah Adila menduduki
tempat ke-3. Inilah pencapaian beliau buat kali ke-4 setelah membantu permainan sofbol apabila mengungguli johan MSSJ, naib johan MSSM dan ketiga Liga Politeknik Malaysia.
Tahniah kepada wakil-wakil taekwando dan sofbol yang mengharumkan
nama sekolah dan seterusnya mencapai KPI
tahun 2018. Syabas.
No comments:
Post a Comment