20 October, 2011

AKTIVITI SELEPAS PMR


3 Melati : Johan Futsal
Tamatnya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bukanlah waktu untuk para pelajar Tingkatan Tiga untuk tidak hadir ke sekolah. Waktu persekolahan adalah seperti biasa cuma fokus dan pemberatan kepada pengajaran dalam kelas tidaklah seperti kebiasaan.
Sehubungan itu, seperti kelazimannya SMK Semerah mengelolakan sesi permainan sebagai alternatif kepada pengisian aktiviti bukan pengajaran.  Pada mulanya beberapa permainan telah dicadangkan untuk sesi pagi sebelum rehat.  Akhirnya, permainan futsal dicadangkan untuk perempuan dan bola sepak untuk pelajar  lelaki. Nampaknya pelajar perempuan begitu teruja untuk bermain futsal. Manakala pelajar lelaki, macam biasalah lebih berminat  untuk permainan bola sepak. Padang yang becak tidak melemahkan semangat pemain malah lebih meriah dan menyeronokkan !
Berikut adalah keputusan permainan tersebut :
FUTSAL                                               BOLA SEPAK (8 SEBELAH)
Johan            :           3 Melati                                 Johan                        :           3 Ros
Naib Johan :           3 Anggerik                           Naib Johan :           3 Seroja
Ketiga           :           3 Hisbiscus                           Ketiga           :           3 Melati

Sementara itu, menurut En Azhar bin Abdul Ghafar, Setiausaha Sukan, “Kesungguhan para pelajar yang mengikui Aktiviti Selepas PMR mencerminkan sukan tidaklah terhad dimainkan semasa awal tahun”. Tambahnya lagi, “Pada hujung tahun pun aktiviti sukan boleh dilaksanakan dan ini sebagai menyahut saranan Kementerian Pelajaran iaitu sukan sepanjang tahun”.
Tahniah kepada pasukan yang menang. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat iaitu En Azhar bin Abd Ghafar, En Hashim bin A. Ghani, En Mohd Hafiz bin Mohd Zaid, En Azrizal Aizat bin Bujang, Pn Wahidah bt Wahid dan Cik Nornida bt Sapuan serta tidak lupa juga kepada En Abu Bakar bin Ali dan Unit Bimbingan dan Kaunseling atas keperihatinan dan bantuan pengelolaan yang diberikan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment