Sekali lagi SMK Semerah mencuba nasib untuk membaiki reputasi dalam sukan sepak takraw. Pada kali dalam siri kedua Sirkit Sepak Takraw II yang diadakan di SMK Datuk Sulaiman pada 27 September 2011. Semerah yang hanya menampilkan regu bawah 16 tahun sahaja masih gagal meraih kedudukan terbaik dengan mara ke peringkat suku akhir sahaja. Pada suku akhir. Semerah akur kepada kehebatan libasan SMK Dato' Onn, 12-21, 5-21. Moga sepak takraw SMK Semerah akan terus menyinar untuk tahun-tahun yang akan datang.
No comments:
Post a Comment