26 July, 2011

SIRKIT SEPAK TAKRAW : MENARUH HARAPAN DALAM PENDEDAHAN


Sirkit Sepak Takraw bermula lagi. SMK Tun Sardon menjadi gelanggang pertandingan sepak takraw untuk kategori bawah 14 dan 16 tahun. SMK Semerah menghantar 2 regu dalam misi menangi satu perlawanan atau menangi satu set dalam setiap perlawanan. Guru pengiring dan fasilitator pada kali ini ialah En Hasbi bin Mohd Nor dan En Hashim bin A. Ghani.
Latihan persiapan dijalankan selama seminggu untuk memantapkan kemahiran dan kawalan bola. Menurut En Hasbi, “pertandingan ini adalah percubaan untuk membentuk skuad yang mantap pada tahun depan. Skuad , ini pasti akan mengegar pada tahun depan”, ujarnya lagi. Bagi En Hashim pula, “pendedahan pada kali ini untuk membiasakan para pemain untuk menyerap tekanan dalam pertandingan. Kerap kali kita tewas apabila kita gagal dalam detik-detik penting khususnya apabila mendahului pihak lawan”.  
Bagi team bawah 16 tahun, SMK Semerah tewas kepada SMK Seri Gading (12-15, 16-14,10-15), SMK Munsyi Sulaiman (4-15,7-15), SMK Dato’ Onn (9-15, 9-15) MRSM (14-16, 15-17) dan SMK Datuk Menteri (4-15, 6-15). SManakala bagi team bawah 14 tahun, SMK Semerah kecundang kepada SMK Permata Jaya (4-15, 17-15, 7-15), SMK Dato’ Onn (15-11, 9-15, 13-15), SMK Seri Gading (12-15, 10-15) dan SMK Tun Sardon (11-15, 6-15).
Sementara itu, barisan pemain bawah 14 tahun ini adalah para pemain yang sama yang telah dibentuk semasa Piala Warisan yang lepas. Kita mengharapkan ada sinar lagi untuk sukan tradisi ini di SMK Semerah. Kepada para pemain, ayuh bangkitlah untuk menuju kegemilangan dalam arena sepak takraw. Tiada jalan pintas untuk meriah kejayaan.

No comments:

Post a Comment