11 July, 2011

TEMENGGUNG TENGGELAM , NAKHODA MENERAJUI SUKAN KECIL


Temenggung : Johan Sukantara
Adakah Temenggung akan meneruskan kecemerlangannya seperti dalam Sukantara? Nampaknya Temenggung tidak berupaya meneruskan kejutannya dalam Sukantara semasa Sukan Kecil. Kalau dalam Sukantara, rumah Laksamana mendapat tempat ke-6, kini Laksamana telah bangkit untuk bersaing hebat dalam Sukan Kecil.  Namun demikian, kebangkitan Laksamana disekat oleh rumah Nakhoda yang telah mengungguli Sukan Kecil pada hari kedua. Berikut adalah pungutan pingat dan mata untuk Sukan Kecil sehingga hari ketiga :

R U M AH
PINGAT
JUMLAH
KEDUDUKAN
S U K A N
EMAS
PERAK
GANGSA
MATA
LAKSAMANA
11
7
10
170
2
BENDAHARA
3
8
7
113
4
NAKHODA
14
10
9
184
1
PANGLIMA
8
4
11
126
3
SYAHBANDAR
3
8
3
88
5
TEMENGGUNG
4
3
2
66
6

Rumah Nakhoda yang dibimbing oleh En Norzaihan bin Ahmad dan Pn Sariza bt Tulimin ini akan disaing hebat oleh Laksamana yang diketuai oleh En Dzulkarnain bin Mohd Fadzil dan Pn Suhada bt Sohot. Namun demikian, rumah sukan lain juga mengekori rapat dan tidak patah semangat untuk bergelar juara olahraga SMK Semerah.
Marilah kita saksikan persaingan sengit antara rumah sukan pada hari kejohanan. Guru-guru juga semakin bersamangat. Para atlit juga semakin ghairah untuk mendapatkan pingat. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan kejohanan.

No comments:

Post a Comment