04 July, 2011

SIUKANTARA : TEMENGGUNG MERAMPAS KEJUARAAN DARIPADA LAKSAMANA

Ke garisan, sedia..

Sukantara kembali lagi setelah beberapa kali ditangguhkan. Biasanya sukantara dijalankan pada awal tahun, namun selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan dengan konsep Sukan Sepanjang Tahun, maka pada tahun ini sukantara dijalankan pada bulan Julai iaitu pada hari  Sabtu 2 Julai dan Isnin, 4 Julai 2011.
Tahun lepas, rumah sukan Laksamana (Kuning) mengungguli Sukantara. Tahun ini nampaknya kejuaraan telah bertukar pemilik. Tradisinya, rumah berwarna hijau amat sukar untuk memenangi apa-apa pertandingan olahraga. Namun kejayaan rumah Temenggung yang diketuai oleh En Ahmad Hamizan bin Mohd Khir berjaya memecahkan tradisi tersebut. Temenggung  mendahului sejak hari pertama pertandingan.
Kehadiran pelajar yang menggalakkan membantu rumah Temenggung menenggelamkan keupayaan rumah-rumah lain. Sungguhpun diekori rapat oleh Panglima, namun Temenggung tetap garang untuk meninggalkan pesaing-pesaingnya.  Malah Temenggung berjaya menggondol 3 johan kategori, berbanding Panglima dan Nakhoda yang masing-masing memenangi 2 kategori manakala Laksamana hanya memperoleh 1 johan kategori. Sementara itu, Bendahara dan Syahbandar terpaksa berputih mata, tidak memenangi sebarang piala johan kategori.
Berikut adalah mata yang diperolehi oleh setiap rumah sukan :-

RUMAH
LC
LB
LA
LK
PC
PB
PA
PK
JUM
KED
BENDAHARA
80
100
49
6
17
47
45
7
351
5
LAKSAMANA
43
79
38
16
20
49
25
4
274
6
NAKHODA
64
74
46
4
45
85
47
5
370
3
PANGLIMA
89
95
49
6
53
76
25
8
401
2
SYAHBANDAR
61
97
41
0
40
68
44
8
359
4
TEMENGGUNG
113
102
38
0
45
74
40
9
421
1

Tahniah kepada rumah Temenggung kerana berjaya memecahkan monopoli Laksamana dalam olahraga. Teruskan untuk muncul juara pula dalam Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) kelak. Kepada rumah lain, masih ada masa lagi untuk muncul juara dalam KOT.
Acara lontar peluru

No comments:

Post a Comment