06 February, 2009

HAMDAN TAHIR MEMBUAT KEJUTAN DALAM MERENTAS DESA

Pada 21 Januari lepas, SMK Semerah telah menjalankan Pertandingan Merentas Desa. Tahun ini laluan trek agak mencabar kerana melalui benteng di pesisiran pantai Sungai Nibong Laut hingga ke Sarang Buaya di samping masih melalui trek kelapa sawit. Alhamdulilah hampir 3/4 pelajar berjaya menamatkan pertandingan ini yang berkonsepkan Sukan Untuk Semua. Upacara pelepasan peserta dilakukan oleh En Abu Hassn bin Abu, GPK1.

Tahun ini satu kejutan dilakukan oleh rumah sukan Hamdan Tahir dengan menjuarai Johan Keseluruhan Pertandingan Merentas Desa Tahun 2009. Tahniah rumah Hamdan Tahir. Terima kasih kepada semua pegawai yang bertugas dengan penuh berdedikasi. Tahun depan berjumpa lagi.

01 February, 2009

Tarikh Baru Aktivti Sukan

Beberapa perubahan diadakan untuk pertandingan sukan di SMK Semerah. Pertandingan Merentas Desa sudah dijalankan pada 21 Januari 2009. Sukantara akan diadakah pada 3 & 4 Februari 2009 tetapi diadakan pada sebelah petang. Oleh itu, pengajaran-pembelajaran akan dijalankan pada sebelah pagi seperti biasa. Sukan Kecil (Acara Awal) akan diadakan pada 13 Feb (3.00 - 6.00 petang hari Jumaat) & 14 Feb (7.30 - 12.30 tgh Sabtu). Sementara itu, Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-36 akan dijalankan pada 19 Feb 2009 (Khamis).