28 February, 2012

KEJOHANAN HOKI MSS JOHOR TAHUN 2012

           4 pemain SMK Semerah telah terpilih untuk mewakili daerah Batu Pahat ke Kejohanan Hoki MSS Johor yang diadakan pada 24-26 Februari 2012. Para pemain tersebut ialah Mohd Faris Firdaus, Mohd Lokman Norhan, Umu Norhaziqah Abu Bakar dan Nabilah Nooh. Mereka diiringi oleh En Hashim Ghani dan Cik Norul Rafedah Redzuan.
Kejohanan yang dijalankan di Stadium Hoki Bandaraya dan Stadium Hoki Larkin ini telah menunjukkan kualiti permainan yang amat memberangsangkan. Ini kerana ramai pemain yang bermain di liga hoki tempatan dan ada pemain yang berasal dari sekolah sukan telah kembali mewakili daerah masing-masing. Namun demikian, keunggulan daerah Johor Baharu amat terserlah dalam permainan hoki dalam kejohanan pada kali ini dengan membolot kejuaraan untuk semua kategori.

12 February, 2012

PERTANDINGAN MERENTAS DESA MSSD BATU PAHAT 2012


Mohd Sobri dan Mohd Lokman semasa Merentas Desa MSS Johor
              Aktiviti olahraga pada peringkat daerah telah bermula dengan aktiviti Pertandingan Merentas Desa MSSD Batu Pahat. Pertandingan dijalankan di trek sekitar Seri Medan pada 31 Januari 2012SMK Semerah menghantar 24 orang atlet dengan misi menduduki 2 tempat terbaik dalam setiap kategori. Dengan diketuai oleh En Hashim Ghani dan En Hafiz Mohd Zaid sebagai pengurus pasukan dan dilatih oleh En Azhar Ghafar dan En Azrizal Aizat serta dibantu oleh Cik Nornida Sapun dan Tn Hj Yusof Sarmaet, skuad tahun ini berkeyakinan untuk merangkul satu johan kategori berpasukan.
           

04 February, 2012

HOKI PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN : MASIH BELUM BERUPAYA LAGI


           Pertandingan Hoki Perempuan Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat telah diadakan pada 1-2 Februari 2012 di Stadium UTHM. Pertandingan ini dikelolakan oleh SMK Semerah. Team ini diketuai oleh En Hashim dan En Azrizal Aizat sebagai pengurus team manakala En Azhar Ghafar sebagai jurulatih serta Cik Norul Rafidah sebagai caperon. Berikut adalah keputusan pertandingan.

KEPUTUSAN PERLAWANAN
PUSINGAN AWAL
BIL
PASUKAN
LWN
PASUKAN
1
SMK BANANG JAYA
2 – 0
SMK CONVENT
2
SMK SERI MEDAN
0 - 0
SMK SENGGARANG
3
SMK PENGHULU SAAD
1 - 1
SMK DATO’ SYED ESA
4
SMK SEMERAH
1 - 0
SMK CONVENT
5
TIGS
0 - 1
SMK SENGGARANG
6
SMK DATO’ BENTARA LUAR
0 - 0
SMK PENGHULU SAAD
7
SMK BANANG JAYA
0 - 0
SMK SEMERAH
8
SMK SERI MEDAN
0 - 0
TIGS
9
SMK DATO’ SYED ESA
0 - 1
SMK DATO’ BENTARA LUAR